Monday, December 31, 2012

Episod 0

Beberapa perkara yang aku perlu lakukan untuk 2013 dalam beberapa bidang berbeza:

Peribadi
  • Meningkatkan EQ.
  • Tingkatkan kemahiran berkomunikasi dan bersosial.
  • Belajar menghargai diri.
  • Mengecapi kegembiraan dari dalam diri sendiri.
Keagamaan (ini tak ingin tulis spesifik, biar Allah saja yang tahu)
  • Perbaiki habluminallah dan habluminannas.
  • Mendalami bidang-bidang ilmu dalam Islam.
  • Memperbanyak dan meningkatkan kualiti amal.
Pelajaran
  • Buat ulangkaji konsisten dan kerap.
  • Banyakkan pembacaan sumber rujukan yang lebih mendalam.
  • Cemerlang, dan dekan setiap semester (kalau boleh 4.00).
Debat
  • Mendalami bidang-bidang ilmu yang penting dalam debat.
  • Melancarkan lidah dalam menyampaikan ucapan.
  • Tingkatkan kemahiran bahasa badan.
  • Menang paling kurang 1 pertandingan.
Bisnes
  • Memulakan dan meneruskan 1 perniagaan sehingga tahun hadapan (2014).

366/366

Muka surat 366 daripada 366 muka surat, siri novel ke-20...

Seorang manusia itu bijak bukan sahaja dengan ilmu akademik, tetapi ilmu alami -- lagi bijak jika manusia itu mengingati mati, tindakan yang memerlukan pandangan jauh ke hadapan. Namun, kebijaksanaan punyai syarat untuk manusia melihat ke belakang untuk mengetahui sejauh mana dia sudah melangkah ke hadapan.

Hari ini aku ingin menjadi manusia bijak. Aku ingin melihat ke hadapan, 2013, dan melihat jejak langkah di belakang, 2012.

2012...

Tahun yang di dalamnya aku peroleh banyak pengajaran dan pengalaman. Terlalu banyak sehingga tidak mampu aku tulis satu persatu dalam blog ini. Cuma, antara perkara paling signifikan untuk aku, adalah kesedaran untuk tidak berada dalam takuk lama.

2013...

Banyak perkara yang ingin aku capai dalam bidang aku: pelajaran, debat, bisnes, juga penulisan. Banyak usaha yang perlu aku letakkan jika aku ingin capai kesemuanya. Maka, biarlah aku tidak mencatat kesemuanya di atas blog ini dan sematkan dalam hati saja.

Sunday, December 30, 2012

Kau Silap

Aku tahu aku manusia yang ada ilmu agama, walaupun tidak banyak, tapi memang ada. Kebanyakan ilmu aku dapat daripada ibu bapa, dan guru-guru agama yang mengajar aku hadis, tafsir, ilmu kalam, dan juga kajian bible.

Tapi, aku bukannya manusia yang banyak amal, ya, aku tahu. Kalau banyak pun, aku bukan jenis manusia yang nak sebut-sebut amal aku dalam laman sosial, dan aku juga bukan manusia yang senang sangat dengan penggunaan istilah-istilah Arab macam "ana-enta" dan sebagainya.

Aku juga bukan manusia yang banyak bergiat aktif dalam "organisasi Islamik" dalam kampus disebabkan banyak campur aduk politik dalamnya -- PAS contohnya. Aku bukan anti-PAS, cuma aku masih belum terbuka hati untuk menerima sebuah parti yang banyak menciptakan kontradiksi terhadap diri sendiri.

Sebegitu juga aku bukan seorang penyokong kerajaan. Aku cuma seorang mahasiswa yang berideologi sendiri yang merasakan aku perlu meningkatkan lagi ilmu dan amal aku.

Kadangkala aku mengelakkan diri untuk mengkritik soal-soal kenyataan Islamik dari mana-mana pihak, sebab aku tahu aku bukannya orang yang berilmu sangat dan tidak berkredibiliti. Tapi, aku boleh bagitahu yang argumen-argumen yang aku berikan adalah berdasarkan ilmu yang aku ada dan bedasarkan kitab-kitab yang ada di rumah aku.

Aku tahu kau sangat berilmu, amal tinggi, banyak pergi usrah dan sebagainya. Tapi, aku bagitahu awal-awal, kalau kau tiada cara untuk menepis argumen aku dengan jelas dan hanya melihat aku sebagai manusia yang tidak berilmu, kau silap.

Saturday, December 29, 2012

Minda Positif

Minda yang positif mampu menarik tenaga-tenaga positif dari sekeliling.

Semoga aku pun mampu.

Thursday, December 27, 2012

Merepek

Sambil berehat beberapa minit selesai sesi ulangkaji, aku sering juga jenguk-jenguk FB dan Twitter. Maka, ternampak rakan-rakan yang sudah jauh mengulangkaji. Ah, terkadang boleh tertekan rasa.

Namun, aku perlu sedar yang kefahaman adalah lebih penting berbanding kelajuan dalam mengulangkaji.

Baik, teruskan usaha wahai diri!

Wednesday, December 26, 2012

Trust Thy Instincts

I used to always trust my instincts. But now...

Not sure why but I lost some confidence, lost a part of being myself.

I guess I need to self-actualize, as referred to Maslow's Hierarchy of Needs.

Toodles, then.

Off to self-actualize!

Tuesday, December 25, 2012

Kau Tunggu!

Kadang-kadang engkau merenung ke langit di luar tingkap, dan teringat manusia-manusia yang pernah singgah dalam hidup kau pada masa silam.

Manusia-manusia yang kalau kau teringat, kau genggam tangan sekuatnya, rahang mengetat, mata berair, dan kau kata, "Aku akan buktikan keupayaan aku, celaka. Kau tunggu."

Dan dengan itu, salah satu perkara yang kau ingin buktikan dapat dicapai dengan membuka semula nota Biokimia.

Certot #1

"Kau nak ke mana?" ujar teman baiknya.

"Ke mana sahaja. Ke tempat yang ada orang peduli pasal aku." Matanya berkaca-kaca.

Teman baiknya terus merenungnya yang sedang duduk berhadapan, mengeluarkan sebatang rokok, lalu memandang langit.

"Dalam dunia ini kau tidak perlu kisah orang peduli pasal atau tidak," rokok tadi dinyalakan, "dan kadangkala, kau rasa orang sekeliling tidak ambil peduli perihal kau. Tapi kau yang tidak nampak perihal orang sekeliling."

Dia memandang tembus ke anak mata teman baiknya itu.

Resepi

Aku baru sedar resepi aku terdahulu, dan resepi aku sekarang. Banyak beza.

Ego + Keyakinan = Rilek

Ego + Ketidakyakinan = Insecurities

Ego perlu ada, secukup rasa. Begitu juga keyakinan.

Semoga.

Monday, December 24, 2012

Have You?

Once in a while, sipping a cup of Earl Grey tea, looking out the windows at night when suddenly...

Suddenly, you come to a realisation of how badly you have treated people around you. Instead of looking at their positive side, you harped on their negative side.

That feeling, that guilt, that teary eyes of yours when the realisation comes by.

Hurtful.

Penat; Muhasabah

Hari-hari semakin mencabar. Ada sahaja benda yang tidak kena -- hal dalam kehidupan peribadi, surat rasmi yang perlu dihantar semula, kertas kerja yang perlu segera disiapkan.

Hati dan jiwa ini sudah penat. Memang semua adalah salah diri sendiri yang selalu ambil lewa, yang terlalu egoistik.

Mungkin aku sudah tidak banyak menjaga habluminallah dan habluminannas.

Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah. Perlu muhasabah.

Friday, December 21, 2012

20

What have I done in my almost 20 years of life?

Hoping I did much, and more to come.

Tuesday, December 18, 2012

Harga Sebutir "A"

Gred "A" ibarat bintang.

Ada yang anggap cantik, ada yang anggap biasa. Ada yang nak capai untuk tunjuk dengan orang lain, ada yang nak capai untuk dapat kepuasan tersendiri.

Oleh itu, usaha untuk mencapai sebutir "A" yang nilainya sama seperti sebutir bintang ini perlu selaras dengan motivasi dan keinginan.

Mungkin banyak yang anggap aku ni mudah untuk mendapat butiran-butiran bintang ini. Tapi, aku cuma senyum. Mungkin banyak yang tidak nampak usaha di sebalik ke-rileks-an kehidupan sehari-hari aku.

Penat sebenarnya cuba mengasah minda, mencari cara belajar paling optimum, waktu belajar paling optimum, mencari cara mengingat sesuatu konsep dengan lebih mudah, cara menghasilkan nisbah input/output paling berkesan, dan banyak lagi. Bukan orang tahu dalam tandas pun aku sebenarnya ulangkaji.

Aku tak suka masuk peperangan (baca: peperiksaan) tanpa mengetahui strategi yang paling efektif, yang paling berkesan. Persediaan senjata, minda, semua perlu ada.

Aku bukan manusia yang masuk peperangan gaya semberono. Aku perlu jadi ala-ala Shikamaru.

Itu harga sebutir "A" untuk aku, untuk puaskan hati sendiri.

Apa harga sebutir "A" untuk kau? Apa usaha untuk capai bintang itu?

Saturday, December 15, 2012

Mengumpul Tenaga Positif

Sekarang ini, seperti biasa jika sudah mula dekat dengan peperiksaan akhir, tenaga semakin meluap-luap. Ada yang positif, ada yang negatif. Bercampur baur kesemuanya.

Kali ini, seperti semester lepas, aku ingin mengumpul tenaga positif dan meminimakan tenaga negatif. Tapi, kali ini dengan lagi hebat berbanding semester lepas.

Tiada lagi kata-kata negatif, fikiran-fikiran negatif, hatta sedikit pun.

Mari kumpul tenaga positif sebgai langkah pertama. Langkah seterusnya? Bertindak!

Monday, December 10, 2012

You're Into Malaysian Politics?

Here's the thing for most of the politics in Malaysia, and also the university students who "participates" (yes, it is a sarcastic remark): they usually use foolish fallacious arguments.

Calling name is foolish, it doesn't strengthen your arguments. Only makes you look immature.

Hence, be more mature, and argue based on philosophy or a contextualized idea -- rather than your immature name-callings and stupid "jokes" that is not funny, not at all.

Tuesday, December 4, 2012

I should be independent

According to Stephen R. Covey, an effective and successful person must be interdependent with another. But first, it is significant to first be independent.

I, for one, think that I was independent, and now I'm actually interdependent with others around me.

Unfortunately, the reality is actually contrasting. I now realize that I am particularly dependent of others. If I was alone, I'm weak. Supposedly, I ought to not be weak since if others are not around me, I should be independent.

Hence, I should learn to be independent first. Then, interdependent.

Thursday, November 29, 2012

Lewat

Selalu sekarang ni bangun lewat, dan kelas terponteng.

Sedih.

Tuesday, November 27, 2012

Screw Logic

Sometimes I think to myself about life, and about everything, and I just want to say, "screw logic, do what you like."

It's not easy to forget logic easily as a debater.

Damn.

Hati Di Pekat Malam

Dan sepi,
Sunyi bak hilangnya bulan di kanvas malam.
Kelam tanpa bintang menerangi,
Hati.

Terbang oh terbanglah,
Hati yang terukir nama sang kekasih.
Walau langit ditelani pekatnya malam,
Hati ini tahu arah tujunya.

Seperti kuntuman-kuntuman sakura saat musim bunga;
Tahu kapan untuk mekar,
Seperti itu juga hati yang terukir nama sang kekasih.
Tahu mana arah tuju rindunya.

Sunday, November 25, 2012

Menuju United Kingdom

Aku dahulu pilih universiti di sekitar kawasan Selangor/KL atas beberapa sebab:

1) Mudah untuk ikut bengkel penulisan dan cari ruang menerbitkan karya.
2) Mudah untuk ikut bengkel perniagaan dan cari ruang perniagaan.

Kini, aku sudah makin menggapai kedua-dua peluang di atas. Aku sudah ada di hadapan kedua-duanya, cuma tinggal aku bertindak untuk tawan 100%.

Maka, dengan ini aku sudah berhajat untuk sambung pelajaran di United Kingdom. Mungkin terus dapatkan PhD. Entah mungkin tunggu setahun selesai graduasi, atau bagaimana, itu aku rancang kemudian.

Sekarang, aku cuma tahu yang aku sudah berhajat dan bertekad.

Aku ingin terbitkan buku di pasaran antarabangsa. Juga memulakan perniagaan di pasaran antarabangsa. Mencari peluang dan membuka minda.

Namun, sebelum tiba saat itu, aku perlu kuasai dahulu pasaran tempatan, dan dunia sastera tempatan.

Semoga.

Saturday, November 24, 2012

I Feel Like Writing

I feel like writing, but I don't know what to write.

So, yeah.

This blog is actually a training ground for me to ready myself in terms of writing so that when I want to write a novel, I'll write even with a block around my brain.

On K-Pop

You want to love and be a fanatic? Go ahead, it's your choice. People around me are Korean fanatics: my mom, my family, my friends, my girlfriend.

You want to hate people who love K-pop? Go ahead, it's your choice.

But saying you're not a Malaysian, and you're not proud of your country just because some little group (a really minute group) of Malaysians are bashing some K-Pop stars, are utterly stupid.

I mean, go ahead and be a Korean. It's your choice. Don't like Malaysia? Go ahead, it's your choice. There are millions of Indonesians hating Malaysia at the end of the day.

But one thing I know, your choice to not be proud of your country, is wrong. And sucks.

Friday, November 16, 2012

Kenapa Aku Tidak Boikot McDonald's?

Aku percaya setiap orang mempunyai pandangan masing-masing -- aku punya pandangan sendiri, kau punya pandangan sendiri -- dan tidak perlu untuk aku paksa suap pandangan aku ke mulut kau, atau kau paksa suap pandangan kau ke mulut aku.

Perbezaan pendapat dan pandangan itu biasa. Kalau setiap kali berbeza pandangan kita tarik muka, gaduh sini gaduh sana, tidak matanglah kita ini.

Jom selidik kenapa aku tidak boikot McD (kalau kau nak boikot, silakan, aku tak marah pun).

McDonald's Malaysia dimiliki oleh orang tempatan, pekerjanya orang tempatan (atau ada pendatang mungkin), pembekal ayam/roti/sayuran/daging dan semua bahan mentah juga adalah orang tempatan.

Setiap bulan, 5% daripada keuntungan syarikat McD milikan tempatan ini perlu dibayar sebagai royalti yuran francaisi (hak cipta, etc.) kepada McDonald's utama.

Maksudnya, 95% daripada keuntungan masuk ke poket syarikat milikan Malaysia. 95% ini yang membolehkan pemilik tempatan ini membayar zakat, mengembangkan bisnes baru, juga untuk social corporate responsibility contohnya sumbangan kepada anak yatim.

Duit milikan syarikat tempatan juga untuk membayar pekerja dan pembekal.

Pekerja ada keluarga untuk disara dan diberi makan. Pembekal juga ada pekerjanya sendiri.

Nampak tak kebergantungan ekonomi sekarang ini? Semata-mata untuk menghalang 5% tersebut, kita mengganggu-gugat 95% yang lain (tidak termasuk duit gaji, aset, liabiliti, etc.). Dari 5% ini juga tidak semua untuk tabung Yahudi.

Kalau kau nak boikot, boleh, silakan. Aku tidak boikot, mungkin aku minimakan pengambilan McD. Mungkin aku cuma akan boikot bila kita tiada kebergantungan ekonomi terhadap produk luar. Maka, usahawan tempatan sila ambil peranan.

Satu lagi...

PEMILIK BISNES TEMPATAN DAN MUSLIMIN SEMUA, KAMU PULA BILA NAK SALURKAN DUIT KEUNTUNGAN UNTUK PALESTIN, SYRIA, MYANMAR, DAN SAUDARA KITA DI MANA-MANA?

Boikot tidak mengurangkan sumber mereka (baca: Yahudi), mereka ada banyak lagi sumber yang utuh macam saham dunia dan sebagainya.

Tapi, kita menyalurkan melalui keuntungan bisnes kita semua mampu meningkatkan sumber umat Islam lain.

Fikir-fikirlah.

Ini cuma pandangan aku. Kau nak pandangan kau, boleh. Cuma, jangan suap-paksa aku.

--------------------------------------------------------


Tambahan:

Tulisan ini bukannya untuk mengagungkan McDonald's.

Tulisan ini adalah untuk menyedarkan bahawa ekonomi kita terlalu bergantung kepada orang lain.

Tulisan ini adalah untuk menyeru pemilik bisnes tempatan (besar atau kecil) untuk infaq fisabilillah. Salurkan juga keuntungan kepada saudara-saudara Islam di sana.

Wednesday, November 14, 2012

If Life Was Easy

I always wonder why life is never easy, especially when I'm alone in the train looking at people, looking at the scenic view of KL, and looking at the endless somewhat-bluish sky.

If life was easy, I would probably be somewhere in Europe -- travelling to find inspiration for my next bestseller.

If life was easy, I would probably be the CEO of a highly-rated company in the world -- listed as one of the 10 wealthiest men in the world.

If life was easy, I would already have a PhD, I would own a company, I would have a wife and two kids, I would have a mini library, I would have won the Nobel Prize, I would be effin' awesome.

Well, not just me, but all the billions of people in the world will have the same life as I do.

Then I realize that life IS easy -- it's never been easier. Yes, there are bumps at the road, there are obstacles ahead, but in relative comparison, life is easy.

The thing is, you only need the eyes and the mind to see it with, to see how easy life is.

Cheerio.

Monday, November 12, 2012

Oh Cipot

Today, I learned a lot about her, know her deeper bit by bit.

Well, the thing is, I miss her.

Oh, Cipot, I miss you. Even if I change here and there, know that my heart does not change.

Sunday, November 11, 2012

Jawapan Sebuah Persoalan

Selama beberapa entri lalu, aku banyak tulis mengenai perasaan aku yang tidak tenang, yang memberontak. Hari ini, aku terjumpa jawapannya.

Sebenarnya, jawapannya mudah: aku cuma perlu akui batas keupayaan diri sendiri, dan terima hakikat itu.

Betul, terima kasih Cipot yang bagi aku jawapan tersebut. Betapa aku tidak sedar yang aku selama ini menafikan batas diri sendiri, selama ini aku mencipta ilusi bahawa aku seorang yang all-rounded.

Cipot merupakan seorang yang akur dengan batas keupayaan beliau -- dan melalui itu beliau mampu meningkatkan usaha untuk memadam batasan tersebut. Oleh sebab itu aku sentiasa kagum dengan beliau.

Entah kenapa, tadi aku merasa sebak -- mengenali kepahitan mengenai diri sendiri sentiasa pahit. Namun, itu rasanya adalah ubat terbaik untuk jiwa aku yang rasa agak memberontak dan agak penat. Hah, kan ubat itu memang pahit.

Hidup tidak sentiasa indah, aku tahu itu. Tapi, aku tak pernah tahu yang walau segelap dan semendung mana hidup ini, tetap lebih terang berbanding hidup orang lain. Juga, segelap dan semendung mana hidup ini, akan ada mentari yang memadamkan kegelapan itu.

Dialah menjadi mentari: Cipot.

Friday, November 9, 2012

Aku, Maslow, dan Cuti Ini

Berdasarkan Maslow's Hierarchy of Needs, keperluan peringkat tertinggi adalah self-actualization.

Dahulu aku sebenarnya tidak faham apa itu mengenali diri sendiri, apa keperluan untuk mengenali diri sendiri. Kenapa perlu mengenali dan mencari diri sendiri?

Semua itu tidak penting melalui kaca mata aku.

Sampailah sekarang ini, apabila aku semakin berumur, semakin kurang selesa apabila ada sesuatu yang kosong yang perlu aku cari. Kekosongan ini wujud mungkin sebab selama ini, aku cuma lakukan perkara-perkara yang orang lain mahukan aku buat.

Aku sambung belajar dalam bidang yang tidak memenuhi kehendak aku, aku buat perkara yang bertentangan dengan jiwa aku. Aku rasa, sebab itu jiwa aku terkadang meronta, dan semakin hari semakin meronta.

Sebab itu, cuti ini, aku cuma ingin bersendirian -- selepas keluar-keluar dengan Cipot dululah (lama tak jumpa pun rindu). Tapi, kemudiannya aku ingin bersendiri, ber-uzlah kata orang yang lebih beragama ni. Aku ingin memperbaharui niat semula, ingin berdiri atas landasan yang lurus semula.

Semoga.

Thursday, November 8, 2012

Sigh

This semester I am targeting a 4.00 CGPS, and yet my efforts did not convey the same target as my heart does.

Last night was my Biochemistry mid-semester exam, which gives a portion of 30%-40% carry marks. It will inherently affect my grade for the finals for sure -- especially when I did this bad.

It hit me in the head that I am not a genius. I cannot study last minute anymore. I cannot carry many burdens of class and presentations all by myself anymore. I am not that strong.

I guess that is why I am being moody right after the exam until now. I feel my ego is being scratch. Hard.

It might be for the fact that I have come to forget Him in every situation, and not just on unwanted occasions.

Sigh.

Saturday, November 3, 2012

Kepenatan Abstrak

Sekali-sekala aku termenung melihat langit yang kelam. Sekali-sekala itu juga aku menghirup kopi panas yang pekat, selesa dengan tekak aku.

Kekadang aku buat banyak benda yang aku tak suka, banyak benda yang aku tak minat, tapi aku pupuk minat. Kekadang itu juga aku mengeluh apabila benda dan perkara yang aku ingin buat langsung tidak bergerak, langsung tiada pencapaian.

Waktu-waktu itu juga aku hilang motivasi.

Aku jenis senang termotivasi dengan pencapaian sendiri. Hampir setiap malam sebelum tidur memotivasi diri, hampir setiap pagi selepas bangun memotivasi diri. Tapi, jika aku langsung tiada pencapaian dalam apa yang aku inginkan, motivasi aku memang makin meleset.

Rasanya aku terlalu banyak harapan. Ingin jadi itu, ingin jadi ini. Banyak benda aku inginkan. Mungkin sebab itu.

Aku rasa macam sedang berada di tengah-tengah padang rumput yang terbentang luas, yang kosong. Kekadang kau rasa indah, kekadang kau rasa kosong.

Aku sekarang cuma mahu masa untuk diri sendiri. Maksud aku, betul-betul untuk diri sendiri, buat apa yang aku suka, makan apa yang aku mahu, tidak memikirkan sangat apa yang aku perlu lakukan. Aku penat.

Ah, penat.

Tapi, kesemuanya mengajar aku menjadi lebih kuat. Semuanya mendekatkan lagi diriku dengan Pencipta. Allahu~

Thursday, November 1, 2012

Mayama Kata

"Orang kata, apabila seorang perempuan jatuh cinta, dia semakin cantik" -- Mayama, Honey and Clover.

Ah, lebih kurang begitulah kata beliau.

On debates

It seems that outside of the Malaysian debating arena, people are more focused on principle area. Interesting.

Interesting for me since I am a street philosopher. How will I do if I go to Worlds?

Need to improve on my argumentation and rhetoric then.

Ciao.

Friday, October 26, 2012

Of Eid-ul-Adha. Of Knowledge.

Today is a glorious day, the day of Eid-ul-Adha. A day to remember the glorious sacrifice of Prophet Ibrahim a.s. and his son, Prophet Ismail a.s., a glorious day indeed.

I will not delve deeper on the history of the two great Prophets as I am sure that it is covered during today's sermon after the Eid prayer.

I will, however, write on the great sacrifices of students -- knowledge seekers -- as I am a student.

Seeking knowledge, and benefiting those knowledge is a form of jihad (struggle) in Islam (do correct me if I am wrong). Hence, it is surely important for everyone of us to revise our intentions (niat) in studying or seeking knowledge.

As a student who stays in campus, being unable to go home and celebrate the glorious Eid with my family, it brings me so much sadness and yet so much happiness. At the very least, I could feel a form of sacrifice by myself -- which is not that great -- but still can give an impact in my life, in my studying, and in my love towards Allah the Glorious.

It is because I feel a form of hardship, a form of longing and yet unable to be achieved, a form of struggle, a form of bitterness. That is why those types of hardship will push me to be stronger and wiser. If Allah wills.

Thus, today, I would like to encourage everyone of us knowledge seekers to revise our intentions today, with a great revision of niat. Also, in every single day, every morning, every time before we go to classes.

Thursday, October 25, 2012

Of Stress

I guess it's the time of the year when everyone gets stressed out -- mid-semester exams, holidays (but you can't go home), or simply pure stress.

As humans, we hate to be in stressful situations. I mean, who does? Well, maybe a psychotic person at the end of the spectrum of people (like way down the spectrum). But hey, we're all humans!

To be stressed means that you have felt happiness. Or else you will not know what is the meaning of stress. It's a relative comparison of situation and feelings.

Thus, it's a blessing in disguise. Let's view stress as the bitterness which helps us to taste the sweetness of something better.

Nonetheless, stress still needs to be handled and managed. Just because it is a 'blessing in disguise' does not necessarily means that we must let it stuck there, waiting to be resolved by it's own. Bollocks!

One way, which I think the best way, to actually resolve and clarify everything is to look at the objective of life. Yes, the reason of living. The universal, existentialist, question of life.

Live for Allah, The Gracious, Ever Merciful, then you will eventually find peace -- because He owns peace, He owns our heart. If you still feel stressed, than He is testing you. Believe in Him dear friends.

Until then.

Friday, October 19, 2012

Bosan

Bosan. Saja tulis.

Sunday, October 14, 2012

Of Life

I have always asked existentialist questions about life.

The first one was when I was in primary school (at least, the first one that I remembered). It was regarding, "Is everyone else around me really exists? So, they look at the world differently than how I look at it then?"

Not exactly in that sentence, but somewhere along the lines.

Life is all about philosophies -- either you look at the picture or the smaller details. It is true that males are prone to look at the bigger pictures, while females tend to love the smaller details. That's how balance exists in a relationship.

Of life, which Allah created, He created balance. As males and females have their balance in big-small picture, so does philosophies.

Most philosophers neglect the smaller details in life while others focus only on the smaller details. Thus, most philosophies and ideologies tend to be deviated and biased towards another philosophies and ideologies.

This is life, embrace it, and balance it.

...an anti-climactic ending to a supposedly-philosophical entry.

Is "Change" Good?

Is change, ideally, good or bad?

Yes, we do have the black and white change that we can definitely say good or bad. For example, trying to get closer to God, becoming more religious, and such, is good. On the other hand, becoming a thief, an alcoholic, or a narcotic, is essentially bad.

Sadly, many things in life are not in black and white.

For example, if I change my soap from Antabax to Protex, is it ideally good or bad? It might need a whole parameter definition to eventually find a conclusion. Yet, the conclusion might even be incomplete.

Well, that's life.

So, the question of, is change ideally good or bad, is pretty much unanswerable. Hey, life is not about answering everything, it's about embracing everything.

Sometimes, changes are "horizontal" (being philosophical aren't I?). These horizontal changes are neither good nor bad relatively, they are neutral in isolation, but might be good or bad in an anchored situation. (This is too philosophy-heavy for some)

Thus, change must be embraced. It is part and parcel of. It is a mechanism for individual adaptation.

Tuesday, October 9, 2012

Hari Yang Ceria

Hari ini hari Selasa. Macam biasa, makmal di ceruk hutan yang mempunyai talian telefon yang sangat --tersangat-sangat -- lemah.

Pagi hari terbangun dan membaca tweet-tweet yang si dia bagi. Ah, indahnya. Tersenyum sendiri. Rasa nak telefon dia. Tapi, mesti dia sedang nyenyak, mesti dia perlu rehat. Maklumlah, dia sedang tidak sihat.

Kemudiannya, sarapan, dan minum kopi yang semerbak harum sungguh memberi tujahan hebat untuk menghadapi hari yang bakal memenatkan dalam makmal di ceruk hutan.

Tapi, sepenat mana makmal hari ini, se-emo mana aku semalam, hari ini aku tetap ceria. Mungkin tweet yang si dia bagi adalah asbab keceriaan dan sinar mentari hari ini.

Belek-belek telefon pula talian tiada, ada pun lemah sangat. Maka, teruslah membuat pemotongan plasmid, sambil telefon tergeletak di atas meja kerja. Semoga ada talian.

Kemudiannya, ada juga mesej masuk dari si dia. Dah bangun agaknya. Gembira juga dapat mesej dia, dari tadi nak mesej tapi tangan penuh dengan membuat pemotongan plasmid. Kelas dia sampai jam 2. Sekejap lagi. Bolehlah nak gembira sikit bertelefon nanti. Yeahhh.

Ah, 2.15 petang kembali ke makmal.

Hari yang memenatkan, tapi tetap kekal ceria. Terus tenang dan kekal ceria!


Monday, October 8, 2012

Topeng-Topengan

Humbanan dan tujahan kata-kata benci dan sebagainya sudah biasa bagi aku. Dulu, itu sudah macam makanan hari-hari -- untuk bertahun-tahun.

Bukan senang jadi terasing. Mungkin juga aku yang mengasingkan diri tanpa sedar. Tapi, sudah bertahun juga aku cuba membuka ruang untuk mendekat, memahami manusia lain, tapi, lebih kurang sama saja.

Sukar juga berdiri sendiri. Maka, di sekolah yang penuh dengan kata-kata benci tertuju kepada aku, aku selalu ada Chia, kawan baik aku. Ah, tapi sekarang dia sudah di UK. Lagi tepat, Bristol.

Aku cuma berharap yang aku tidak kembali menjadi diri yang buas dahulu. Diri yang panas baran. Aku sangat berharap tidak.

Sebab itu aku memakai topeng ceria, memakai topeng optimistik, memakai topeng senyuman. Kau tahu, bukan senang menjadi terasing.

Biar aku akhiri entri semberono dengan beberapa bait lirik lagu The Killers.

"Or should I just get along with myself?
I never did get along with everybody elseIve been trying hard to do what's right"
-- This River Is Wild

Pancaroba

Jika tidak penuh dengan dugaan, bukanlah hidup namanya.

Ayat yang cukup klise bukan? Tapi, tetap bersifat benar.

Saturday, October 6, 2012

Bawa Bertenang dan Terus Profesional

Hari ini (dan semalam) aku nampak ustaz aku melatah di laman sosial akibat seorang pelajar junior sekolah aku.

Namun, malas untuk aku ulas situasi tersebut, atau berkenaan apa ustaz aku sedang riuhkan. Biar cerita itu terkubur di situ.

Tapi, apa yang aku buat di sini adalah teguran berhemah, mengenai laman sosial.

Mak aku selalu cakap, pandai-pandai bawa diri di internet ni, semua orang boleh baca tulisan kita, dan sebagainya. Oleh itu, Twitter aku yang banyak "carut-marut" tu pun aku buat dengan nada gurauan, dan semakin berkurang persifatan sedemikian.

Tulisan kita menggambarkan diri kita. Apatah lagi seorang ustaz yang sepatutnya bersifat profesional, bukan? Sebab itu aku sangat anti dengan penulisan bersifat kanak-kanak oleh mahasiswa.

Maka, jangan cepat melatah. bawa bertenang dan terus profesional.

Tuesday, October 2, 2012

Selasa Celaka?

Hari Selasa macam hari celaka.

9-5 makmal di ceruk hutan. 8-10 CESMED di FEP. 8-12 debat di FSSK.

Tapi, mengajar aku untuk mengurus dan menghargai masa.

Maka, tidak semua yang kau rasa celaka itu betul-betul celaka.

Kata orang Barat, "blessing in disguise".

Kata orang Islam, "ada hikmahnya."

Lagi lejen.

Tiada Idea

Kadang-kadang aku buka ruang penulisan entri, dengan harapan aku banyak menulis entri.

Tapi, aku sedar yang ini semua penipuan durjana, mana mungkin, kalau aku tiada idea boleh menulis sesuatu yang begitu magnificent.

Sekarang ini, aku ingin membiasakan diri menulis dalam keadaan bercampur aduk bahasa penulisannya.

Letakkan English sana sini. Oh, dan aku seperti ingin mula menulis novel yang sudah lama terbantut.

Faham-faham sajalah.

Monday, October 1, 2012

Erti Sebuah Percintaan

Aku bukanlah seorang yang matang, aku seorang yang selalu celaru.

Aku bukanlah seorang yang pandai berkomunikasi, sama ada dengan keluarga mahupun rakan-rakan.

Aku memang introvert.

Kau tahu, kalau aku balik Sandakan aku rasa aku tak ramai kawan. Jiran yang aku anggap kawan pun tak datang berkunjung hari raya hari tu.

Selama aku hidup di sekolah, aku banyak menolak kawan-kawan aku ke tepi, dan aku sudah terima padahnya.

Sampai aku jumpa dia, di matrik dahulu.

Selepas itu, dia yang ajar aku jadi matang, ajar aku jangan jadi celaru, ajar aku berpakaian.

Aku sudah makin mampu berkomunikasi, dengan keluarga mahupun rakan-rakan, sedikit demi sedikit.

Dia selalu ajar aku banyak perkara, ajar aku untuk hargai kawan-kawan yang dahulu aku cuma anggap sebagai bahan untuk aku gunakan.

Dia selalu ajar aku cara mengurus masa dan wang, ajar aku cara untuk menjadi lebih berani, ajar aku cara untuk menjadi manusia dan bukannya zombi.

Dia juga ajar aku cara untuk menyayangi dan mengasihi dengan sepenuh hati, dengan setulus hati.

Mungkin aku jarang bercerita akan perkara ini dengan sesiapa, walaupun namanya selalu tertitip di mulut aku apabila bercerita dengan rakan-rakan. Aku rasa semua rakan sekelas, dan sekuliah, akan kenal namanya.

Aku bangga ada dia, bukan riak, bukan takbur. Tapi, bangga sebab ada sang hati yang menjadi rakan baik yang banyak membantu. Lebih kepada bersyukur dan berterima kasih.

Rasa ini aku selalu kongsikan dengan Mr. H kalau aku lepak di bilik dia. Selalu juga aku bercerita dengan Mr. H betapa dia itu sangat istimewa, betapa banyak dia mengubah hidupku.

Aku rasa, Mr. H sendiri nampak perubahan diriku.

Aku tahu, cikgu-cikgu aku dahulu pun nampak, mereka cakap waktu aku terjumpa mereka hari tu.

Percintaan, dengan sesiapa pun, akan ada turun naiknya, akan ada pahit manisnya. Apabila manis terasa, aku berasa gembira, terawang-awangan. Apabila pahit terasa, aku berasa sedih, sebab aku tidak mampu memberi manis kepadanya.

Aku ingin memberi manis kepadanya.

Sentiasa.

Anginku Terbang

Seperti terbangnya angin, menelusuri langit biru, menongkah awan.

Sebegitu aku mengharap kasih maafku sampai menuju engkau.

-- 9:20 a.m., atas lantai, bilik.

Sunday, September 30, 2012

#np - The Way It Was (The Killers)

Kau tahu, betapa aku rasa bersalah.

Entah, dalam setiap patah yang dia cakap, aku rasa bersalah.

Aku rasa seolah-olah aku ni tak mampu jaga dia. Tapi, aku tetap nak.

Aku rasa seolah-olah aku ni tak mampu buat dia rasa sempurna. Tapi, aku tetap nak.

Aku selalu ingin dia rasa dikasihi, sentiasa ingin dia rasa disayangi, sentiasa ingin dia rasa sempurna.

Sebab memang dia layak dikasihi, layak disayangi, layak untuk rasa sempurna.

Aku sayang dia, sampai aku sanggup jalan jauh-jauh untuk dia, padahal aku ni jenis tak suka jalan.

Selagi boleh tak jalan, aku tak jalan. Kecuali untuk dia. Nampak?

Sampaikan tadi bertelefon, aku hampir menitis air mata, sebab rasa bersalah sangat :'(

Oh, tajuk lagu ni The Way It Was tidaklah banyak kena mengena dengan situasi aku. Tapi, aku suka lagu ni.

Aku akhiri entri ini dengan harapan:

Aku harap aku boleh buat dia rasa dikasihi, buat dia rasa disayangi, buat dia rasa sempurna, selayaknya.

Aku akan berusaha!

Saturday, September 29, 2012

Hakikat Kehidupan

Aku sebenarnya sedang sedap meneliti hakikat kehidupan.

Banyak betul perkara yang Allah ciptakan, tapi kita tidak sedar.

Mungkin sebab kita fikir ilmu kita sudah banyak, kita sudah cukup suci.

Sebenarnya, hakikat kehidupan memanglah susah untuk kita selami.

Apa yang kita perlu tahu, Allah itu Esa, Nabi Muhammad SAW adalah utusan-Nya.

Al-Quran dan as-Sunnah pula panduan hidup kita.

Dari situ, kita jangan bongkak, kita mesti tetap mencari formula hidup kita.

Formula sampingan yang berlandaskan formula utama.

Aku sebenarnya sedang sedap meneliti hakikat kehidupan.

Friday, September 28, 2012

Jadi Krew Sebuah Blog

Kawan aku jemput aku menulis dalam blog beliau, dan beberapa orang kawan beliau.

Sebahagian juga kawan aku.

Rasa terharu sikit. Kononnya perasan tulis untuk Terfaktab pula. Ceh.

Baik, aku tulislah sikit demi sikit.

Monday, September 24, 2012

Puisi: Dan Angin, Dan Pokok, Dan Sungai Yang Tenang


Langit tersedu, sendiri menunggu terang.

Bulan di sisi bercengkerama dengan bintang-bintang;

Dan angin, dan pokok, dan sungai yang tenang.

Entah engkau juga berada di bawah langit yang sama

Tetap juga bulan itu yang engkau lihat sinarnya;

Dan angin, dan pokok, dan sungai yang tenang.


Tidak tercapai aku membelai lembut cantik wajahmu,

Dan angin, hanya angin yang menyampaikan rona rinduku.

Tidak termampu aku memberi teduhan ayu dirimu,

Dan pokok, hanya pokok yang teguh dengan cinta tulus indah syahdu.

Tidak terhingga aku menyayangi sempurna keperibadianmu,

Dan sungai, hanya sungai yang mampu mengalirkan cintaku memenuhi bumi nan biru.

Sunday, September 23, 2012

A Horrible Week

I was busy, I was having trouble keeping up with my schedule.

I feel lost.

At the end of the day I thought a win for Liverpool will heal me. At least a bit.

Sigh, we lost, undeservedly. Sigh again.

Well, at the very least, at the end of the day I was hoping you would blow all this away. Before I go to sleep.

I guess I'll just listen to songs.

Well, your text lightened me up a bit.

Thursday, September 20, 2012

Buku Saya

Dulu, seorang kawan dari Indonesia, menghubungi saya.

Katanya, bolehkah jika dia meletakkan dua puisi saya dalam buku antologi yang bakal dia terbitkan? Tentu saja.

Buku tersebut merupakan kompilasi puisi dan cerpen dari pemenang pertandingan oleh ahli group FB Untuk Sahabat (UNSA). Tapi, aku adalah penulis jemputan dalam buku tersebut. Sisipan.

Dahulunya, UNSA ini namanya bukan UNSA. Ahlinya cuma dalam 30+ orang.

Aku pula adalah salah seorang krew dalamnya. Majoritinya adalah orang Indonesia. Sekarang ini rasanya 99% dari Indonesia. Dan ahlinya kebanyakannya adalah penulis indie, dan bakal penulis.

Juga, ahlinya sekarang melebih 5,000 orang. Komuniti yang kami bina bersama dahulu. Tapi, sekarang aku kurang aktif.

Tapi, aku tetap mengiyakan untuk dua puisi aku diterbitkan dalam buku antologi Mangga Golek Impian. Nanti esok-esok aku tulislah puisi tu.

Nama saya, baris ketiga, kanan sekali.


Tuesday, September 18, 2012

Temujanji Ala Hipster

Temujanji berdua, tentunya dengan dia.

Dan kerja biasa adalah: makan, minum kopi, baca buku.

Kami rasa kami ni macam golongan intelektual. Tak pun hipster.

Rasa semua makanan di restoran sana sini, tapi tak instagram (terlalu mainstream).

Lepas tu lepak di Starbucks minum kopi, tak pun di SweetChat layan mojito (tidak beralkohol).

Sambil-sambil baca buku-buku yang indie tidak mainstream.

Dalam tren baca buku, menunggu tren baca buku, di sini baca buku, di sana baca buku.

Macam intelektual, atau hipster, kan?

Memang kami begitu.

Kalau anda nampak pasangan bercinta jalan-jalan bertemujanji tapi bukan beramah mesra sebaliknya sibuk baca buku, itulah kami.

Menelusuri Kotaraya KL

Beberapa hari ni aku sibuk menelusuri kotaraya KL.

Kadangkala, kalau waktu itu aku sedang berjalan seorang, aku rasa macam keseorangan.

Maksud aku, keseorangan menghadapi dunia.

Mungkin, itu efek kotaraya KL yang sentiasa sesak.

Thursday, September 13, 2012

Noktah

Noktah

Monday, September 10, 2012

Puisi #4: Angin Kiriman

Tatkala itu angin pun membelai lembut;

Menelusuri wajah dan helai rambut sang jejaka.

Belaian yang sampai kepadanya daripada sang perawan jauh di sana.

Mungkin melalui angin monsun yang bertiup lembut;

Lalu sang jejaka mengucup angin itu.

Sunday, September 9, 2012

Puisi #3: Impian

Dan bulan kalau ia berbicara;

Maka langit pun bakal tenggelam dengan sinar suara sang bulan.

Dan kunang-kunang, lampu jalan, dan bintang malam;

Semuanya ingin terang, bak sang bulan.

Friday, August 31, 2012

Merdeka Yang Tidak Merdeka

Entri tipikal yang menceritakan bahawa rakyat Malaysia belum Merdeka, dan kemudiannya mengulas apa itu erti kemerdekaan sebenar.

Bagi aku, aku belum merdeka secara minda dan jiwa. Kenapa? Sebab aku masih tulis entri blog ini. Kalau aku sudah merdeka, tentunya aku sedang duduk atas kerusi malas, dan membaca novel tulisan sendiri.

Itulah merdeka untuk aku. Saat aku mampu mencapai keinginan jiwa yang pseudo-duniawi.

Wednesday, August 29, 2012

Kau Perlu Bersyukur

Rasa sakit, kecewa, hampa, dan sejenis dengannya merupakan nikmat.

Kesemuanya rasa yang buat kau rasa hidup. Buat kau rasa, "Ya, aku masih mampu rasa sebegini."

Kalau kau rasa gembira sepanjang masa, memang tidak normal.

Sebab, nanti rasa gembira tu sentiasa sama. Sehingga rasa gembira tu jadi normal, dan bukannya sebuah rasa yang menggembirakan.

Maka, bersyukur.

P/S: Kau adalah aku.

Tuesday, August 28, 2012

"Seperti Babi", Tesis Nanti?



Padahal siang tadi ingin menulis pasal The Panas Dalam, tapi memandangkan baru tadi seorang teman bercerita pasal adiknya yang merupakan geng tahun khinzir, juga macam adik aku, dan seorang lagi adik seorang teman hari tu, bertukar idea pula.

Ah, mungkin buat tesis nanti? Mengenani insan-insan yang lahir pada tahun '95 ini.

Tapi ini bukanlah sesuatu dalam bidang genetik rasanya. Ini sesuatu yang metafizikal. Tapi, aku minat juga perihal yang metafizik begini.

Tapi, aku tak minat perangai begini.

Monday, August 27, 2012

Puisi #2: Merpati

Ingin aku terbang tinggi bak merpati.

Angin dan awan teman perjalanan;

Bulan dan bintang sahabat setia;

Ah, sepanjang malam kami boleh bercerita

Tentang kota dan desa;

Tentang gunung dan lautan.

Ah, indahnya.

Ingin aku terbang tinggi bak merpati.

Friday, August 24, 2012

Entri Hipster-ish

Tulis entri pasal Ramadhan dan Eid terlalu mainstream.

Tulis entri banyak gambar-gambar terlalu mainstream.

Aku kurang selesa.

Wednesday, August 22, 2012

Puisi #1: Kunang-kunang

Kunang-kunang pun mahu terbang;

Ingin jadi bintang di langit yang gersang.

Seperti aku;

Ingin jadi bulan di hati yang satu.

-- 6:21 petang, atas lantai, bilik tidur, Sandakan.

Wednesday, August 15, 2012

Selamat Tinggal, Lucky.

Hari ini saat pemergiannya, Lucky. Sang arnab belaan di rumah ini. Satu daripada empat belas ekor, kesemuanya istimewa, kesemuanya keluarga.

Seperti saat pemergian Snow dahulu, awal sedikit dari pagi begini, cuti semester lepas. Namun, Snow dahulu sakit, dari normal menjadi sakit tenat dalam satu malam, tak mampu 'berdiri' hanya terlentang, dan tersentak sana sini, dalam keadaan terbaring mengiring pula, dan kaki Snow pernah tiba-tiba cuba berlari laju bak ketakutan. Dan perginya Snow di hadapan adikku, yang aku suruh belai dan jaga sewaktu nazaknya, sebab aku sibuk mengesat air mata sewaktu mandi awal pagi itu.

Tapi itu Snow, ini Lucky. Snow jika hidup pastinya sudah besar, manakala Lucky pula baru berumur dalam 3-4 bulan 'sekarang' ini.

Lucky sebenarnya cacat. Kakinya tidak kuat, boleh dikatakan lumpuh. Ada dua yang cacat daripada lima beradik -- Lucky dan Koko. Veterinarian kata mungkin tak cukup nutrien waktu bayi. Maka mereka kemudiannya ditinggalkan di sangkar berbeza daripada emak dan adik beradik mereka supaya mereka tidak dipijak.

Kasihan Lucky dan Koko. Mereka biasanya hanya baring mengiring, tidak mampu 'berdiri'. Pergi makan dan minum pun mengengsot, susah. Tapi, mereka saling bantu membantu, Lucky dan Koko, menjadi tempat sokongan sesama sendiri, bersihkan badan masing-masing, selalu bersama.

Kebiasaannya aku, atau mak, akan angkat mereka ke tempat mereka makan atau minum untuk memudahkan mereka.

Aku sebenarnya baru berjumpa dengan Lucky dan Koko pada awal cuti semester ini, sewaktu mereka agak kecil. Mungkin dalam 1 bulan begitu umur mereka. Maka, setiap pagi aku akan suapkan air bubur kepada mereka berdua menggunakan syringe, petang nanti adik aku pula yang menyuapkan vitamin. Begitulah rutin penjagaan Lucky dan Koko kebiasaanya.

Dan 'fast forward' ke hari ini, Lucky pergi meninggalkan teman sesangkarnya, Koko.

Pagi tadi, mak tengok Lucky tak sihat, dia tidak aktif macam biasa. Makan dan minum pun tidak. Suap pun dia tak mahu. Maka, mak asingkan dia dari Koko, letak dalam basket, bagi selimut. Mungkin kesejukan kata mak.

Kemudiannya setelah beberapa lama mak panggil aku. Katanya nafas Lucky ni macam tercekik, macam tersekat-sekat. Satu demi satu. Mata hitamnya pula besar, tak macam biasa. Mak kata macam nak mati.

Aku pun menjauhkan diri, tidak sanggup untuk melihat Lucky yang nazak, macam Snow juga dahulu, tapi kali ini adik aku di sekolah untuk berada di sisi Lucky. Nak pergi klinik haiwan, belum buka pula. Buntu.

Kami tinggalkan Lucky bersendirian, mungkin dia akan sembuh. Namun, setelah beberapa minit, aku menjenguk, masih sama, dan menjenguk lagi, masih sama lagi. Kemudiannya aku sudah tekad untuk tidak mendekat lagi, biar dia pergi dahulu, aku tidak sanggup melihat dia terseksa, biar mak yang bersama dia.

Tapi, mak kemudiannya bertelefon atas urusan kerja. Aku kini menguatkan hati, kerana tidak mahu Lucky terseksa dan nazak sendirian.

Maka aku jenguk lagi. Nafasnya masih tersekat, satu demi satu, badannya lemah. Aku ambil basket, dan aku belai Lucky di dahinya, tempat yang selalu aku belai dia sehari-harian. Aku perlahan-lahan belai, melihat matanya yang bergenang air, mataku pun mula bergenang. Adakah dia merasa sakit? Aku tidak sanggup, tapi aku perlu hadapi bersama.

Perlahan-lahan aku lagukan lagu Melodies of Life, macam selalu aku buat kalau bersendirian dengan mereka. Biar Lucky selesa, dahinya berusap, lagu biasa kedengaran, biar dia rasa selesa. Padahal nafasnya sudah tersekat, perlahan saja.

Maka, seperti aku dan Lucky tahu bakal tiba ajalnya aku menghentikan belaian dan pandangan mata Lucky pun berubah. Badannya seolah-olah tertarik, kakinya yang memang keras akibat kecacatan itu makin tegang, kepalanya macam terangkat dan tertarik sewaktu dia dalam keadaan mengiring itu. Seperti rohnya ditarik melalui ubun-ubun.

Aku tak tahu roh haiwan melalui proses kematian yang sama atau tidak, tapi itu apa yang aku nampak dengan mata sendiri. Dengan mata yang bergenang air mata melihat ahli keluarga sendiri di ambang kematian.

Maka dengan itu, nafas Lucky pun terhenti. Mak pula masih bertelefon urusan kerja. Bagus juga, supaya dia tidak melihat mataku yang sudah penuh dengan air mata. Pantas aku mengesat, namun tidak mampu kering.


Aku sedih melihat Lucky. Aku juga sedih melihat Koko yang kini bersendirian.

Tiada lagi Lucky untuk saling membersihkan badan masing-masing.

Tiada lagi Lucky yang kadangkala menjadi bantuan untuk ubah posisi baring mereka.

Tiada lagi Lucky yang merupakan adik beradiknya, yang selalu menemaninya.

Fikiran itu pantas melalui ruang fikiranku, maka mataku semakin basah walaupun tidak tumpah. Sudah, maka aku menguatkan hati dan tabahkan jiwa. Selesai sahaja mak bertelefon aku memberitahu berita sedih tersebut. Mak terus menjenguk, aku kemudiannya ke dapur, kalau aku di situ mendengar luahan hati mak pula, tumpah pula air yang di mata ini.

Aku pantas sahaja ke belakang rumah selepas itu, di seberang jalan, di bawah pokok palma, di situlah Lucky bersemadi. Di situ jugalah dahulu Snow bersemadi.

Selamat tinggal. Maafkan jika abangmu ini tidak menjaga kamu dengan baik.

Perginya Lucky seperti menunggu seseorang berada di sisinya untuk dia benar-benar meninggalkan halaman rumah ini. Mungkin sebab itu sewaktu kami tinggalkan dia sendirian dia cuba menahan nafasnya agar tidak terhenti, dan dia pergi sebaik sahaja aku datang menemani. Mungkin dia juga mampu merasa kasih sayang kami beri selama ini.

Dan melihat dia pergi dengan mata sendiri mungkin juga cara Allah bagi kesedaran kepadaku bahawa mati itu boleh datang bila-bila masa sahaja.

Monday, August 6, 2012

Seperti udara, angin, dan langit.

Tidak kelihatan, bak tidak wujud.

Tapi kehilangannya pasti engkau yang bakal tidak wujud.

Itulah cinta,

Seperti udara, angin, dan langit.

Tidak kelihatan, bak tidak wujud.

-- 1.59 pagi, ruang tamu, Sandakan.

Saturday, May 26, 2012

Engkau pernah?

Kau pernah rasa kau ingin sahaja melepaskan segala isi hati kepada seseorang yang bukannya diri engkau sendiri? Segala kekusutan dan kekalutan yang perlu engkau buang? Entahlah. Beberapa hari ini aku rasa aku mudah marah, mudah melenting. Mungkin tertekan. Maaf, aku bukan jenis mudah tertekan untuk peperiksaan, tetapi ini adalah simptom tubuh yang sedang melawan perubahan. Maka, dengan hasrat hati untuk mengelakkan menyakitkan hati orang lain, juga untuk aku mencari keutuhan diri, aku jauhkan diri dan asingkan diri daripada orang lain. Ada juga sekali sekala LIKE, KOMEN, atau TWEET, tapi tidak di dunia sebenar. Ada pun tidak banyak. Masa yang terluang pun melihat sedikit sebanyak perbualan manusia di FB dan aku hanya melayan perasaan yang melayang. Sungguh. Memang, aku rasa aku perlukan seseorang untuk bercerita, untuk melepaskan kesemuanya. Namun, biarlah aku jadikan Dia tempat penggantunganku yang utama. Walaupun tubuh ini melawan perubahan, biarlah hati ini tetap kepada-Nya. Oh sahabat, aku merindui kalian :')

Monday, May 21, 2012

Kerana aku tahu...

Dalam perjalanan ini, sememangnya pahit. Kadangkala terasa ingin sahaja berhenti di tengah jalan, dan berputus asa. Namun, aku sedar yang Allah sedang memerhati, aku juga sedar bukan ini yang Rasulullah akan lakukan dalam sebuah kesusahan. Juga, kerana aku tahu si dia juga sedang perit dalam perjalanan ini.

Perjalanan ini perlu mujahadah. Dalam mujahadah perlu memperbaiki hati dan jiwa ini. Setelah semakin bersih, hati ini perlu aku lindungi. Selalunya, dalam kebosanan ingin sahaja aku keluar lepak bersama teman-teman, walaupun teman-temanku kebanyakan wanita. Namun, aku sedar kebosanan itu juga tandanya hati ini belum terhibur dengan hiburan jalan kebenaran.

Bukanlah aku menjauhi teman-temanku kerana aku membenci mereka, mahupun tidak suka akan diri mereka, sesekali tidak. Namun, cukuplah perkara penting sahaja yang aku bincangkan bersama mereka, kurangkan nada jenaka, dan berbicara yang baik sahaja. Aku perlu sedar yang ini perintah Allah, dan Allah Maha Mengetahui. Perintah-Nya adalah untuk menundukkan pandanganku kepada mereka yang bukan mahramku. Itulah hakikatnya menjaga hati.

Peritnya menjaga hati ini bukan kerana menjauhi si dia sahaja, tetapi menjauhi keburukan yang sentiasa lekat dalam hati ini. Oleh itu, aku perlu menjaga hati daripada mencari si dia, dan juga mencari teman-temanku yang bukan mahramku. Mengapa? Kerana syaitan itu licik. Selagi ada ruang dia akan berbisik. Bukan cinta jadi bisikannya, takut sahaja nafsu yang menjadi cadangannya. Biarlah Allah sahaja yang aku cari.

Aku tahu Allah sedang memerhatikanku menjaga hati, aku juga tahu yang Rasulullah pasti berbuat lebih hebat daripada apa yang aku lakukan ini, dan aku juga tahu yang pastinya si dia yang jauh di sana juga sedang menjaga hatinya. Bukan untuk aku sahaja yang haram untuk dia rindui, tetapi juga untuk mereka yang bukan mahram baginya yang takut nanti syaitan berikan bisikan. Aku tahu betapa hebatnya dia, oleh itu aku perlu lebih hebat. Jika si dia boleh, mengapa aku tidak?

Mungkin, inilah penzahiran cinta kerana Ilahi, mungkin. Setiap kali teringat si dia, teringat akan Allah, kerana si dia sedang bermujahadah, sedang mencari cinta Tuhannya, Allah.

Jika si dia boleh, mengapa aku tidak? Biarlah aku mensucikan hati daripada sebarang kotoran untuk menjadi imam kepada si dia yang lebih hebat pensucian hatinya.

Saturday, May 19, 2012

Undergoing Positive Change

Moving into a positive change seems easy at first, but then everything will be harder and more challenging. Yes, being istiqamah is the most challenging part -- especially when the change is so drastic.

Here are some of the challenges:

1. Tiresome.

Changing means stopping from doing a bad habit. Thus, it requires our willpower. This willpower is what drives our enthusiasm day in, and day out. The bigger the change, the bigger the willpower needed.

2. Sleeping pattern disruption.

Due to the lacking of willpower due to being drained in trying to change a habit, the sleepong pattern might also change and be disrupted due to the bigger needs of the body to actually gain more energy, or even conserve more energy.

Some things that you can do:

1. Fill with positive habits.

When changing a negative habit, you cannot let the 'time' empty. Later on, either you go back to that habit, or sleep. Thus, filling in with positive habit such as reading, praying, reciting the Quran will be the way.

2. Ask Allah for strength.

This is the biggest and most effective point. Remember, to change towards Allah, He will create some tests in front of us to make us stronger. So, don't forget to ask for strength from the Owner of strength.

Well, mostly I will read from http:// productivemuslim.com some tips and habits to actually be a productive Muslim one day. Insya-Allah.

Friday, May 18, 2012

Sacrifices

If we want to obtain His love, then sacrifices are needed to be done. Surely it is hard, but if we do it with pure intentions, Allah will never lead us astray.

One of the sacrifices is to put a large chunk of worldly love in your heart away, not throw it away, but putting it in the future. Thus, it will not rot away by devilish scheme, rather it will bloom by Allah's scheme.

Eventually, when that part of your heart is put into the future, the rest of your mind and body will move forward to that future. But it moves forward not because of worldly desire, no.

It will eventually be for Allah, since we put it away to the future for Allah.

InsyaAllah.

Tuesday, May 8, 2012

Sedikit demi sedikit, 4.00

Perubahan itu datang sedikit demi sedikit, supaya mudah istiqamah. Perlu juga datang dengan niat suci. Namun, biarlah niat sesuci mana jika cara sudah salah, tidak guna juga.

Semoga menjadi peringatan untuk diri ini. Tidak, aku menulis bukan kerana aku orang baik. Tetapi tulisan-tulisan aku sebenarnya menjadi inspirasi sebagai 'insan yang ingin aku jadi' -- diri aku yang lebih baik.

Rasanya aku kurang mengimbangi aspek hidup yang perlu aku perbaiki. Sekarang ini aku menambahbaik di bahagian lain, dan kurang menyentuh pasal di bidang lain.

Perlu tentukan prioriti, dan imbangi semuanya kembali. Aku ada sebulan lagi sebelu, peperiksaan akhir, dan aku memang inginkan 4.00 itu, dan aku akan dapatkannya, isnya-Allah!

Ameen.

Saturday, April 28, 2012

Duduk dan Bantah?

Buat kamu dan kamu yang sedang membenci kerajaan, aku dulu pun begitu. Sewaktu sekolah dahulu, sangat dahulu.

"I hated the government before it was cool"

Macam hipster. Kemudiannya aku berubah neutral, kerana aku dapat melihat kelebihan orang yang neutral dalam isu politik.

Sekarang ini aku lihat manusia laungkan perjuangan, semuanya macam anti-establishment. Laungkan itu, laungkan ini.

Ada juga status yang berjuang atas nama Islam, mengalu-alukan keganasan seperti balingan batu dan kerosakan harta benda. Oh, sedihnya. Dan orang begini pula hairan kenapa orang Barat pandang serong terhadap Islam?

Namun, dalam keadaan neutral aku tidak menyokong BERSIH 3.0. Terus terang.

Sebab aku rasa lebih baik aku duduk dalam bilik, berfikir cara mengubah diri. Mengapa?

"Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself."

Renung-renungkan. Permata itu berada dalam longgokan arang. Padahal molekul mereka sama. Ingatlah, kalau bukan cara Islam, jangan pandai-pandai rasionalkan, "Tapi, ini kan lebih baik daripada konsert yang kerajaan anjurkan", dan sebagainya.

Salah tetap salah. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Sunday, April 8, 2012

Like a sir.

Trying to recharge and recalibrate my life in this whole week of holiday. May Allah gives me the strength to do so.

Do it LIKE A SIR.

Wednesday, April 4, 2012

Death

I am a mortal man, limited to a certain period of time. My time will come when I will face death and leave this world behind. Everyone will.

It is true that I fear death. Not so much because of leaving the enjoyment of the world, rather, due to the fear of going into the next world without any good deeds that may help to erase my sins and help me to pursue Jannah.

May I have the strength to always remember Allah. May I have His redha :')

Tuesday, April 3, 2012

Which type of person are you?

For all these years there are lots of people I've come to meet -- be they people who I still connect with, people who I adore 'till now, people who come and go, and those who are friends forever.

It is through experience and personal perspective that I see every one of them as a person with great mind and potential. Not just in academics, but the bigger picture here: in life.

Unfortunately, not all of those people I've come to meet realise this inner potential and natural gift of theirs. Many of them just give up when failure comes knocking, making themselves struggle. Only a few have come to polish their minds, and actually release their true potential which I believe there are many more to come from these great people.

The two types of people made me think the other day,: which type of person I am? A little bit of both I guess.

I am the type of person who always have the fear of changes. Therefore, I am happy to stay in my comfort zone. Luckily, people around me always help me to get out of that comfort zone, helping me to grow and see the true potential of what I can become.

I know it's a long tough road ahead to be a great person like the people I know but the journey is an exciting one.

Saturday, March 31, 2012

Welcoming April

March is coming to an end; welcome April.

We're approaching the last month of the first quarter for the year, wow! Even when I do feel there's a lot of things that I could've done, and a lot of things that I procrastinated, it is somewhat different from those of the years before -- I feel more fulfilled.

It may be the small steps that I'm taking this time around compared to the 'planning' I used to do. Well, thank you Allah for the power and insight. It is the book by Chris Tan that made me realise how the power of NOW is so great, and how small steps are also important (thanks to Art of Manliness).

This coming April is quite big, compared to the midsem break and the midsem exams, I have another important thing to wait and ponder. O Allah, I pray with all my heart and soul, clear away those negativity in my mind and don't make it real. I beg you dear Allah. Ameen.

Friday, March 30, 2012

Affirmative actions towards Malays and Bumis

It is generally known by the citizens of Malaysia that there are some 'special' rights for the Malays and Bumiputeras of Malaysia. And as a Bumiputera, here is my opinion regarding this issue.

Most Malays and Bumis don't even know why they have these rights. All they think about is the 'lordship of the Malays'. That's one thing, yes. But the other thing is this: affirmative action of the government.

An affirmative action basically is a special help towards a minority even if those helps seem to discriminate the majority.

Malays are considered a minority, because during the colonial era, these Malays and Bumis are the ones who were left behind in terms of living status and what not -- even until now!

These are actually the main reason for those 'special' rights. It is true that these lands were originally belonged to the Malays and Bumis, but keeping those ideas in the back of the head creates a complacency in moving forward, and instigate racism.

Seriously.

I'm a Bumi, I have my rights, I can go to IPTs easily, and this is my land.

Sounds racist right?

Thoughts #1

While growing up I was always astounded by how intellectuals can be so smart -- and some are even considered geniuses. As for that I grow up trying to increase my knowledge in few fields of study, though I mainly focused on how to develop my brain better.

Since the brain adopts the 'use it or lose it' principal, and also the 'replacement' principal, I was becoming less social (though I wasn't too much of an extrovert to start with) in relative comparison with my peers. I became more or less an introvert -- or so I think.

But now it's quite different.

It may be the fact that I'm a grown man, or the fact that I've travelled distance and met new people, or it could be a bit of both: those reasons made me think of life in a greater way now. The bigger picture as people say it.

Nowadays, I'm not just focusing on being an intellectual but also a man as a whole -- a better Muslim. It is not until recently that I personally notice my own change of focus. And to my delight, I now know that even other types of focus can facilitate in the development of my brain (and perhaps more than that).

With all this things, I've also come to realise that habitual changes are hard to do, it's a slippery hill. So, I've been trying to take it slow, little by little, one by one. Doing it for the sake of self-actualisation. And this change of focus to a greater deal cannot be started with the blessings of Allah Almighty as I know He sends many people to help me in this quest.

But among all of those people that I've met, there's one person who is always here by my side and facilitate me through this slippery hill I'm trying to climb: Syarifah Nazirah. I've never met anyone who is so admirable and yet so humble in helping others. I know who she was, and who she is now, and I do know who she can become -- a very great woman.

My desire to adopt a positive life is for Allah Almighty (may this intention doesn't fade) and also to be as admirable as her; also to be able to lead her throughout life to Jannah (may Allah permits).

For I am just a man, seeking His love. May the love in my heart for others, are due to my love for Him.

Monday, March 19, 2012

Politik Anak Muda

Soalan yang sering menjadi isu perdebatan: politik anak muda ini baik atau tidak?

Jawapannya: bergantung kepada individu tersebut.

Politik ini besar kotaknya -- dalam kotak politik itu juga ada aspek kepimpinan. Namun, masalah bila anak muda mula masuk ke dalam arena ini, tidak ramai yang mampu melihat bahawa kepimpinan itu ada dalam kotak tersebut.

Apa yang terlintas cuma ini: kita menang pilihanraya dengan ideologi. Itu sahaja.

Oleh sebab itu kita dapat melihat organisasi berbaur politik di kampus merata-rata tempat yang renggang. Kepimpinan lemah, dan ahli pun lemah. Sebab mereka berfikir cuma atas emosi ideologi!

Sedangkan dalam kotak politik itu ada kepimpinan, dan di bawah kepimpinan itu pula ada dua:
1. Kebolehan untuk memimpin.
2. Kebolehan untuk dipimpin.

Dua aspek ini yang mampu membentuk nilai tambah kepada diri mahasiswa. Namun, mahasiswa kini yang terpesong hanya untuk "ber-ideologi" sahaja tidak akan dapat banyak -- mungkin ada sedikit tetapi tetap tidak banyak.

Terutamanya mahasiswa Melayu. Oh, saya bukan rasis.

Lihat sahaja mahasiswa bukan Melayu, kebanyakkan sibuk mencari nilai tambah untuk diri sendiri. Mudah sahaja, mari kita lihat contoh kelab AIESEC. Peratusan Melayu di setiap kampus mungkin 5% sahaja dalam kelab tersebut. Kebanyakan manusia tidak sedar bahawa kelab ini mampu membangunkan pemimpin hebat. Lihat sahaja sistem pertukaran pelajar luar negara mereka! Mereka menghantar pelajar untuk berkhidmat kepada komuniti global.

Mahasiswa Melayu ada? Kurang.

Kebanyakannya sibuk dengan ideologi.

Jika benar pun anda sibuk dengan ideologi, ada yang mampu memahami apa itu sebenarnya 'freedom of expression' dan bagaimana kebebasan itu mampu ditarik, apa itu 'harm principle', apa itu autonomi tubuh, apa itu liberti positif, apa itu 'doctrine of double effect', apa itu 'principle of invisible hand', dan etc?

Fokus sekarang sepatutnya adalah "nilai tambah individu". Jangan salahkan rakyat bukan berbangsa Melayu jika mereka maju. "Ber-ideologi" itu tidak salah, sebenarnya bagus (lihat sahaja Marx, Nietzsche, dan Berlin), tetapi cuba lihat prioriti terlebih dahulu.

Apa yang anda (sebagai mahasiswa) ingin capai dahulu:
1. Memimpin diri sendiri.
2. Memimpin orang lain.

Yang mana?

Tidak ramai yang mampu untuk membangunkan bangsa, saya sendiri tidak mampu. Oleh itu, pilihlah fokus anda dengan sebaiknya.

Mungkin tahun hadapan, mungkin tahun hadapan saya bertanding menjadi calon. Mungkin. Bukan untuk apa-apa, untuk melihat areena politik dari perspektif berbeza, untuk mencipta perubahan positif.

Tapi bukan atas tiket Aspirasi.

Aspirasi sekarang lemah. Lihat sahaja perpecahan jentera. Lihat sahaja perpecahan orang atasan. Tapi sekarang ini sokongan saya masih dengan Aspirasi, cuma saya terluka mengetahui ada orang atasan yang tidak mahu menang tahun ini. Saya tahu, menang itu tidak penting, tapi saya cuma mahu melihat usaha, dan sifat kepimpinan.

Tahun hadapan, kalau bertanding, atas tiket berbeza. Atas tiket GENIUS.

Friday, January 27, 2012

GG

S05E08
http://adf.ly/3qHQ6

S05E09
http://adf.ly/4P4G7
http://adf.ly/4P4G8

S05E10
http://adf.ly/4PFlB
http://adf.ly/4PFlC

S05E11
http://adf.ly/4wuHI
http://adf.ly/4wuHJ

S05E12
http://adf.ly/50CI8

Thursday, January 12, 2012

I know...

I may not be an eye candy, nor am I a kind-hearted guy.

But, I am me. Yeah.

Saturday, January 7, 2012

Saat-saat beginilah...

...lagu "Ombak Rindu" seolah-olah bermain dalam kepala, walaupun aku tidak tahu langsung liriknya.

Kerana yang bermain dalam kepala ini pengertian sebenar lagu tersebut. Ah, mungkin orang lain tidak faham kompleksiti minda ini.

Dan saat-saat beginilah aku mengharap aku sudah mampu bermain gitar, menyampaikan rasa hati melalui angin.

Aku tahu, siapalah aku untuk menyampaikan rasa hati dengan begitu dramatis.

Bukannya aku A.Aziz yang mempunyai 'manly cry', sebab itu aku cuma buat apa yang aku ada: 'manly supplication to Him'.

Aku tahu, dengan semua kelemahan yang terbeban atas bahu aku sebagai seorang hamba, Allah akan tetap menjaga aku jika aku memberi diri ini kepada-Nya.

Maka, betulkan niat dalam semua pekerjaan wahai Muhammad Alimuddin. Kau patut tahu itu.

Rasanya dari dulu lagi aku selalu sakitkan hati orang lain

Bukan sengaja, tapi kadangkala tersakitkan juga.

Ah, memang aku tak guna.

Cukup.

Tuesday, January 3, 2012

Peperiksaan

*entri ini bukan untuk menagih simpati, bukan mengeluh, tetapi melihat kembali*

Kali ini peperiksaan seolah-olah bukan suatu pkara yang besar. Mungkin.

Alat tulis pun belum tersedia.

Ingat aku tidak kesah?

Bukan begitu, tapi.... Ah, susah nak cakap.

Biarlah aku bertemankan semangat dan ilmu ke dewan peperiksaan.

Allah ada bersama aku InsyaAllah.

Manusia Itu Pelupa

Manusia itu insan yang pelupa, seperti aku.

Kita lupa nikmat yang Dia beri.

Kita lupa dosa yang kita buat.

Kita lupa bersyukur kepada-Nya.

Sedih.

Maka, engkau (terutamanya aku) yang sentiasa mempunyai rakan untuk mengingatkan anda, berterima kasih kepada rakan, dan bersyukur kepad Dia.