Friday, November 16, 2012

Kenapa Aku Tidak Boikot McDonald's?

Aku percaya setiap orang mempunyai pandangan masing-masing -- aku punya pandangan sendiri, kau punya pandangan sendiri -- dan tidak perlu untuk aku paksa suap pandangan aku ke mulut kau, atau kau paksa suap pandangan kau ke mulut aku.

Perbezaan pendapat dan pandangan itu biasa. Kalau setiap kali berbeza pandangan kita tarik muka, gaduh sini gaduh sana, tidak matanglah kita ini.

Jom selidik kenapa aku tidak boikot McD (kalau kau nak boikot, silakan, aku tak marah pun).

McDonald's Malaysia dimiliki oleh orang tempatan, pekerjanya orang tempatan (atau ada pendatang mungkin), pembekal ayam/roti/sayuran/daging dan semua bahan mentah juga adalah orang tempatan.

Setiap bulan, 5% daripada keuntungan syarikat McD milikan tempatan ini perlu dibayar sebagai royalti yuran francaisi (hak cipta, etc.) kepada McDonald's utama.

Maksudnya, 95% daripada keuntungan masuk ke poket syarikat milikan Malaysia. 95% ini yang membolehkan pemilik tempatan ini membayar zakat, mengembangkan bisnes baru, juga untuk social corporate responsibility contohnya sumbangan kepada anak yatim.

Duit milikan syarikat tempatan juga untuk membayar pekerja dan pembekal.

Pekerja ada keluarga untuk disara dan diberi makan. Pembekal juga ada pekerjanya sendiri.

Nampak tak kebergantungan ekonomi sekarang ini? Semata-mata untuk menghalang 5% tersebut, kita mengganggu-gugat 95% yang lain (tidak termasuk duit gaji, aset, liabiliti, etc.). Dari 5% ini juga tidak semua untuk tabung Yahudi.

Kalau kau nak boikot, boleh, silakan. Aku tidak boikot, mungkin aku minimakan pengambilan McD. Mungkin aku cuma akan boikot bila kita tiada kebergantungan ekonomi terhadap produk luar. Maka, usahawan tempatan sila ambil peranan.

Satu lagi...

PEMILIK BISNES TEMPATAN DAN MUSLIMIN SEMUA, KAMU PULA BILA NAK SALURKAN DUIT KEUNTUNGAN UNTUK PALESTIN, SYRIA, MYANMAR, DAN SAUDARA KITA DI MANA-MANA?

Boikot tidak mengurangkan sumber mereka (baca: Yahudi), mereka ada banyak lagi sumber yang utuh macam saham dunia dan sebagainya.

Tapi, kita menyalurkan melalui keuntungan bisnes kita semua mampu meningkatkan sumber umat Islam lain.

Fikir-fikirlah.

Ini cuma pandangan aku. Kau nak pandangan kau, boleh. Cuma, jangan suap-paksa aku.

--------------------------------------------------------


Tambahan:

Tulisan ini bukannya untuk mengagungkan McDonald's.

Tulisan ini adalah untuk menyedarkan bahawa ekonomi kita terlalu bergantung kepada orang lain.

Tulisan ini adalah untuk menyeru pemilik bisnes tempatan (besar atau kecil) untuk infaq fisabilillah. Salurkan juga keuntungan kepada saudara-saudara Islam di sana.

3 comments:

  1. Mungkin betul kata kamu kita mampu mantapkan ekonomi melalui McD dan Yahudi byk sumber yang lain. Tapi seperti yang kita ketahui McD adalah penyumbang BESAR kepada israel dan perlu difahami bahawa 5% daripada jumlah keuntungan McD boleh mencapai berbilion ringgit dan daripada wang tersebut tidak mustahil diperuntukkan untuk memusnahkan Palestin. Memang penting untuk memajukan sesama Muslim, tapi fikirkanlah ada umat Islam yang menderita di Palestin dan perlu dibantu. Adakah encik sudah bersedia untuk dipersoalkan di akhirat nanti kerana tidak membantu orang-orang yang teraniaya? Encik fikirlah sendiri. Jawapan di tangan encik dan seperti yang encik katakan sendiri saya tidak akan menyuap encik cuma memberi pendapat sahaja. Sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya terima pandangan anda seperti pandangan-pandangan orang lain.

      Cuma, ada beberapa soalan yang saya inginkan jawapan:

      1- Daripada 5% keuntungan, berapa banyak yang disalurkan untuk Yahudi? Kesemuanya?

      2- Kalau 5% boleh mencapai billion, bayangkan 95% itu berapa billion boleh kita capai? Boleh bayar zakat, boleh majukan umat Islam tempatan, yang kemudiannya boleh membantu umat Islam di sana.

      3- Bagi saya sumber SAHIH yang menyatakan McDonald's Malaysia merupakan penyumbang TERBESAR untuk tabung Yahudi. Saya yakin, Facebook yang lagi banyak orang gunakan lagi tinggi keuntungannya. Juga saham dunia. Juga hedge funder macam George Soros. Juga syarikat-syarikat yang lebih besar berbanding McDonald's Malaysia.

      InsyaAllah, jika semua soalan ini mampu terjawab oleh sesiapa, maka saya akan menimbal balik pernyataan dan pendapat saya.

      Assalamu'alaikum.

      Delete
  2. I totally agree with Mr A. Again, this issue shows the immaturity among Malaysians and as well as they never learn the essence of history. In this case, so many people get provoked and become emotional, they cannot really use their mind to think. No critical thinking at all! We cant just accept whatever people said, we need to carry out filtration and reflection before taking any further action. In Malay, i can said that 'rakyat Malaysia masih lagi macam katak di bawah tempurung, mudah diperlagakan emosinya, tidak berupaya berfikir secara kritikal. ' Janganlah kita mudah terpengaruh dengan mesej atau maklumat yang tidak sahih sumbernya, biarpun benar, kita kena fikir kesan yang akan kita tanggung akibat perbuatan kita yang tidak matang.
    Good job Mr A.

    ReplyDelete