Sekali-sekala aku termenung melihat langit yang kelam. Sekali-sekala itu juga aku menghirup kopi panas yang pekat, selesa dengan tekak aku.
Kekadang aku buat banyak benda yang aku tak suka, banyak benda yang aku tak minat, tapi aku pupuk minat. Kekadang itu juga aku mengeluh apabila benda dan perkara yang aku ingin buat langsung tidak bergerak, langsung tiada pencapaian.
Waktu-waktu itu juga aku hilang motivasi.
Aku jenis senang termotivasi dengan pencapaian sendiri. Hampir setiap malam sebelum tidur memotivasi diri, hampir setiap pagi selepas bangun memotivasi diri. Tapi, jika aku langsung tiada pencapaian dalam apa yang aku inginkan, motivasi aku memang makin meleset.
Rasanya aku terlalu banyak harapan. Ingin jadi itu, ingin jadi ini. Banyak benda aku inginkan. Mungkin sebab itu.
Aku rasa macam sedang berada di tengah-tengah padang rumput yang terbentang luas, yang kosong. Kekadang kau rasa indah, kekadang kau rasa kosong.
Aku sekarang cuma mahu masa untuk diri sendiri. Maksud aku, betul-betul untuk diri sendiri, buat apa yang aku suka, makan apa yang aku mahu, tidak memikirkan sangat apa yang aku perlu lakukan. Aku penat.
Ah, penat.
Tapi, kesemuanya mengajar aku menjadi lebih kuat. Semuanya mendekatkan lagi diriku dengan Pencipta. Allahu~
No comments:
Post a Comment