Friday, November 9, 2012

Aku, Maslow, dan Cuti Ini

Berdasarkan Maslow's Hierarchy of Needs, keperluan peringkat tertinggi adalah self-actualization.

Dahulu aku sebenarnya tidak faham apa itu mengenali diri sendiri, apa keperluan untuk mengenali diri sendiri. Kenapa perlu mengenali dan mencari diri sendiri?

Semua itu tidak penting melalui kaca mata aku.

Sampailah sekarang ini, apabila aku semakin berumur, semakin kurang selesa apabila ada sesuatu yang kosong yang perlu aku cari. Kekosongan ini wujud mungkin sebab selama ini, aku cuma lakukan perkara-perkara yang orang lain mahukan aku buat.

Aku sambung belajar dalam bidang yang tidak memenuhi kehendak aku, aku buat perkara yang bertentangan dengan jiwa aku. Aku rasa, sebab itu jiwa aku terkadang meronta, dan semakin hari semakin meronta.

Sebab itu, cuti ini, aku cuma ingin bersendirian -- selepas keluar-keluar dengan Cipot dululah (lama tak jumpa pun rindu). Tapi, kemudiannya aku ingin bersendiri, ber-uzlah kata orang yang lebih beragama ni. Aku ingin memperbaharui niat semula, ingin berdiri atas landasan yang lurus semula.

Semoga.

No comments:

Post a Comment