Monday, October 31, 2011

Manusia Tidak Akan Pernah Tahu

Manusia lemah, dan pemikiran manusia sentiasa terhijab.

Manusia tidak akan pernah tahu apa yang terbuku dalam hati manusia lain.

Manusia bukanlah Maha Mengetahui, hanya Dia.

Iya, manusia tidak akan pernah mampu melihat usaha dan cubaan manusia lain untuk melakukan sesuatu.

Manusia cuma melihat keputusan di sebalik usaha tersebut.

Contohnya, dalam peperiksaan, manusia yang mendapat cemerlang dan tidak cemerlang.

Kita nampak usaha mereka? Tidak.

Mungkin saja yang tidak cemerlang itu berusaha lebih, namun belum sampai masa untuk nampak hasilnya.

Maka, engkau dan aku (ya, kita manusia), jangan pernah melihat sesuatu atas dasar luaran.

Memang aku bukanlah malaikat, bukan sufi, bukan imam, bukan seorang yang hebat. Mungkin bukan macam kau.

Tapi, kau tidak akan pernah dapat melihat usaha yang aku curahkan, yang aku rencanakan. Tidak.

Mungkin sekarang belum ada hasil luaran, kau tidak tahu, aku pun tidak tahu. Dia sahaja yang tahu.

Renungkan wahai manusia. Kita manusia, kita tidak akan pernah tahu.

Sunday, October 30, 2011

Harapan Untuk Awak

Awak, harapan saya awak jangan berubah.

Tunggu, berubah ke arah kebaikan itu bagus.

Maksud saya, berubah dari segi hati. Sila jangan.

Awak, saya. Ehm. Sayang. Awak.

Faham?

Saya ingin tekankan sini, semua tutur kata saya sebelum ini mengenai perkahwinan adalah serius.

Serius. Sangat serius.

Bila saya berbicara mengenai perkara itu, ada muka main-main?

Tiada.

Awak, saya akan jaga hati ini untuk awak. Harapnya pun awak juga sama.

Saya tidak akan tunggu masa menentukan, tidak sesekali.

Saya akan berusaha sehabis baik, berdoa sentiasa, meminta kepada-Nya.

Masa tidak akan menentukan, sebaliknya usaha kita dan izin-Nya.

Ameen.

Saturday, October 29, 2011

Bicara Kosong, Tunggu Saya?

Pagi ini saya ingin berbicara kata-kata kosong.

Setiap kata-kata membawa kekosongan sebenarnya.

Namun, ada juga yang mampu memberi sedikit pengertian.

Seperti hati yang mudah malap.

Namun, saya memberi pengharapan masa hadapan kepada dia yang teristimewa.

Dan memohon sepenuh jiwa raga kepada-Nya.

Dan mengerahkan segala tenaga untuk masa hadapan itu.

Cuma, saya berharap, dia kekal menanti. Boleh?

Analisis Hati

Analisis.

Hati.

Rasanya setiap insan perlu menganalisis hati sendiri pada waktu tertentu.

Tidak, ini bukannya muhasabah diri. Ini analisis hati.

Walaupun hampir serupa sebenarnya.

Dahulu, sebelum meluahkan rasa, hati ini saya analisis sepuas-sepuasnya.

Melebihi 7 hari jangka analisis.

Semuanya agar tidak tersilap interpretasi rasa, agar tidak menyesal.

Alhamdulillah, sehingga kini hati ini masih mempuyai rasa yang sama, semakin bertambah!

Kini, perlu analisis fi'il pula. Adakah hati dan perbuatan seiring?

Insya-Allah.

Allah, semoga apa yang terbuku dalam hati ini -- segala impian dan cita -- Engkau permudahkan dan percepatkan untuk aku capai.

Friday, October 28, 2011

Saya dan Masa Hadapan

Masa hadapan adalah sesuatu yang penuh dengan ketidakpastian. Sangat.

Namun, perkara yang paling penting adalah apa yang kita inginkan untuk masa hasapan itu.

Anda inginkan apa?

Saya mungkin banyak cita-cita yang ingin untuk saya capai, namun, hanya satu yang sangat menjadi prioriti utama...

Menjadikan dia yang terisitimewa isteri saya.

Iya, mungkin saya belum tahu jodoh saya bersama siapa.

Namun, hati ini menginginkan bersaama dengan dia. Jasad ini akan sentiasa berusaha untuk bersama dengan dia. Jiwa ini akan sentiasa mendoakan untuk bersama dengannya.

Iya, saya tahu masa hadapan itu tidak tentu. Namun, rasa unjtuk bersama dengan dia itu tentunya pasti.

Wednesday, October 26, 2011

Sila Menulis Menggunakan Otak

Sekarang ini, manusia banyak sahaja yang ingin menulis.

Tersebarlah penulisan mereka, di FB, di blog, di seluruh dunia lah katakan.

Namun, penulisan sia-sia tanpa penggunaan otak sepenuhnya adalah bodoh. Serius.

Maka, kita: kau, dia, aku, dan mereka.

Semua yang ingin menulis, sila menulis menggunakan otak.

Jangan hantar mesej berantai atas nama Islam, aku malu.

Jangan tulis perkara atas nama Islam tanpa fakta, aku malu.

Ada juga buku mengenai kemunculuan Dajjal dari kerajaan mjin di segi tiga Bermuda.

Sekali lagi, jangan buat aku malu!