Manusia lemah, dan pemikiran manusia sentiasa terhijab.
Manusia tidak akan pernah tahu apa yang terbuku dalam hati manusia lain.
Manusia bukanlah Maha Mengetahui, hanya Dia.
Iya, manusia tidak akan pernah mampu melihat usaha dan cubaan manusia lain untuk melakukan sesuatu.
Manusia cuma melihat keputusan di sebalik usaha tersebut.
Contohnya, dalam peperiksaan, manusia yang mendapat cemerlang dan tidak cemerlang.
Kita nampak usaha mereka? Tidak.
Mungkin saja yang tidak cemerlang itu berusaha lebih, namun belum sampai masa untuk nampak hasilnya.
Maka, engkau dan aku (ya, kita manusia), jangan pernah melihat sesuatu atas dasar luaran.
Memang aku bukanlah malaikat, bukan sufi, bukan imam, bukan seorang yang hebat. Mungkin bukan macam kau.
Tapi, kau tidak akan pernah dapat melihat usaha yang aku curahkan, yang aku rencanakan. Tidak.
Mungkin sekarang belum ada hasil luaran, kau tidak tahu, aku pun tidak tahu. Dia sahaja yang tahu.
Renungkan wahai manusia. Kita manusia, kita tidak akan pernah tahu.
No comments:
Post a Comment