Wednesday, July 31, 2013

Syukur dan/atau Malu?

"Kau keputusan boleh tahan, tapi kenapa macam tak bersyukur?"

Syukur itu bukan saja mengucapkan puji-pujian kepada-Nya, tapi menggunakan nikmat yang Dia berikan sebaik mungkin.

Aku redha dan bersyukur dengan keputusan yang aku perolehi, tapi...

Rasa malu kepada-Nya lebih tebal. Kenapa? Sebab aku tahu yang aku boleh capai lebih baik daripada apa yang aku telah capai. Tapi, aku yang tidak berusaha sehabis baik, aku yang tidak berjuang.

Maka, di situ aku malu. Bukan tidak bersyukur, tapi malu kepada-Nya lebih menebal.

Allahu~

Wednesday, July 10, 2013

Ada Apa Dengan Nama?

Orang selalu kata, mak ayah kita bagi nama dengan harapan yang tinggi jika kita lihat maksud di sebalik nama kita. Nama aku walaupun pakcik aku -- seorang murabbi -- yang bagi, aku yakin mak ayah aku setuju atas sebab maksud disebaliknya.

Nama aku contohnya, diambil dari dua kata (tidak termasuk Muhammad): Al-'Aleem dan Ad-Deen.


  • Al-'Aleem adalah sifat Allah Yang Maha Mengetahui.
  • Ad-Deen pula ertinya adalah agama, iaitu Islam.


Jadinya tentu mak ayah aku nak aku jadi hamba-Nya yang mengetahui agama dengan mendalam. Bila terkenang kembali, patutlah mereka sering marah kalau tinggal solat sunat -- apatah lagi solat fardhu. Hantar ke kelas yang pelbagai untuk belajar agama -- Hadis, Tafseer, Ilm-ul-Kalam, juga sedikit sebanyak mengenai Bible.

Maka, lebih baik untuk aku penuhi impian mak ayah mulai sekarang. Mula sedikit demi sedikit.

Engkau bagaimana?

Saturday, July 6, 2013

Minda Berbalam-Balam

Dan bila minda pun berbalam-balam;
Pandangan kabur mengelamkan jiwa
Apa atau siapa
Bakal menemani tidurmu?