Wednesday, July 10, 2013

Ada Apa Dengan Nama?

Orang selalu kata, mak ayah kita bagi nama dengan harapan yang tinggi jika kita lihat maksud di sebalik nama kita. Nama aku walaupun pakcik aku -- seorang murabbi -- yang bagi, aku yakin mak ayah aku setuju atas sebab maksud disebaliknya.

Nama aku contohnya, diambil dari dua kata (tidak termasuk Muhammad): Al-'Aleem dan Ad-Deen.


  • Al-'Aleem adalah sifat Allah Yang Maha Mengetahui.
  • Ad-Deen pula ertinya adalah agama, iaitu Islam.


Jadinya tentu mak ayah aku nak aku jadi hamba-Nya yang mengetahui agama dengan mendalam. Bila terkenang kembali, patutlah mereka sering marah kalau tinggal solat sunat -- apatah lagi solat fardhu. Hantar ke kelas yang pelbagai untuk belajar agama -- Hadis, Tafseer, Ilm-ul-Kalam, juga sedikit sebanyak mengenai Bible.

Maka, lebih baik untuk aku penuhi impian mak ayah mulai sekarang. Mula sedikit demi sedikit.

Engkau bagaimana?

No comments:

Post a Comment