Sunday, November 11, 2012

Jawapan Sebuah Persoalan

Selama beberapa entri lalu, aku banyak tulis mengenai perasaan aku yang tidak tenang, yang memberontak. Hari ini, aku terjumpa jawapannya.

Sebenarnya, jawapannya mudah: aku cuma perlu akui batas keupayaan diri sendiri, dan terima hakikat itu.

Betul, terima kasih Cipot yang bagi aku jawapan tersebut. Betapa aku tidak sedar yang aku selama ini menafikan batas diri sendiri, selama ini aku mencipta ilusi bahawa aku seorang yang all-rounded.

Cipot merupakan seorang yang akur dengan batas keupayaan beliau -- dan melalui itu beliau mampu meningkatkan usaha untuk memadam batasan tersebut. Oleh sebab itu aku sentiasa kagum dengan beliau.

Entah kenapa, tadi aku merasa sebak -- mengenali kepahitan mengenai diri sendiri sentiasa pahit. Namun, itu rasanya adalah ubat terbaik untuk jiwa aku yang rasa agak memberontak dan agak penat. Hah, kan ubat itu memang pahit.

Hidup tidak sentiasa indah, aku tahu itu. Tapi, aku tak pernah tahu yang walau segelap dan semendung mana hidup ini, tetap lebih terang berbanding hidup orang lain. Juga, segelap dan semendung mana hidup ini, akan ada mentari yang memadamkan kegelapan itu.

Dialah menjadi mentari: Cipot.

No comments:

Post a Comment