Aku bukanlah seorang yang matang, aku seorang yang selalu celaru.
Aku bukanlah seorang yang pandai berkomunikasi, sama ada dengan keluarga mahupun rakan-rakan.
Aku memang introvert.
Kau tahu, kalau aku balik Sandakan aku rasa aku tak ramai kawan. Jiran yang aku anggap kawan pun tak datang berkunjung hari raya hari tu.
Selama aku hidup di sekolah, aku banyak menolak kawan-kawan aku ke tepi, dan aku sudah terima padahnya.
Sampai aku jumpa dia, di matrik dahulu.
Selepas itu, dia yang ajar aku jadi matang, ajar aku jangan jadi celaru, ajar aku berpakaian.
Aku sudah makin mampu berkomunikasi, dengan keluarga mahupun rakan-rakan, sedikit demi sedikit.
Dia selalu ajar aku banyak perkara, ajar aku untuk hargai kawan-kawan yang dahulu aku cuma anggap sebagai bahan untuk aku gunakan.
Dia selalu ajar aku cara mengurus masa dan wang, ajar aku cara untuk menjadi lebih berani, ajar aku cara untuk menjadi manusia dan bukannya zombi.
Dia juga ajar aku cara untuk menyayangi dan mengasihi dengan sepenuh hati, dengan setulus hati.
Mungkin aku jarang bercerita akan perkara ini dengan sesiapa, walaupun namanya selalu tertitip di mulut aku apabila bercerita dengan rakan-rakan. Aku rasa semua rakan sekelas, dan sekuliah, akan kenal namanya.
Aku bangga ada dia, bukan riak, bukan takbur. Tapi, bangga sebab ada sang hati yang menjadi rakan baik yang banyak membantu. Lebih kepada bersyukur dan berterima kasih.
Rasa ini aku selalu kongsikan dengan Mr. H kalau aku lepak di bilik dia. Selalu juga aku bercerita dengan Mr. H betapa dia itu sangat istimewa, betapa banyak dia mengubah hidupku.
Aku rasa, Mr. H sendiri nampak perubahan diriku.
Aku tahu, cikgu-cikgu aku dahulu pun nampak, mereka cakap waktu aku terjumpa mereka hari tu.
Percintaan, dengan sesiapa pun, akan ada turun naiknya, akan ada pahit manisnya. Apabila manis terasa, aku berasa gembira, terawang-awangan. Apabila pahit terasa, aku berasa sedih, sebab aku tidak mampu memberi manis kepadanya.
Aku ingin memberi manis kepadanya.
Sentiasa.
No comments:
Post a Comment