Soalan yang sering menjadi isu perdebatan: politik anak muda ini baik atau tidak?
Jawapannya: bergantung kepada individu tersebut.
Politik ini besar kotaknya -- dalam kotak politik itu juga ada aspek kepimpinan. Namun, masalah bila anak muda mula masuk ke dalam arena ini, tidak ramai yang mampu melihat bahawa kepimpinan itu ada dalam kotak tersebut.
Apa yang terlintas cuma ini: kita menang pilihanraya dengan ideologi. Itu sahaja.
Oleh sebab itu kita dapat melihat organisasi berbaur politik di kampus merata-rata tempat yang renggang. Kepimpinan lemah, dan ahli pun lemah. Sebab mereka berfikir cuma atas emosi ideologi!
Sedangkan dalam kotak politik itu ada kepimpinan, dan di bawah kepimpinan itu pula ada dua:
1. Kebolehan untuk memimpin.
2. Kebolehan untuk dipimpin.
Dua aspek ini yang mampu membentuk nilai tambah kepada diri mahasiswa. Namun, mahasiswa kini yang terpesong hanya untuk "ber-ideologi" sahaja tidak akan dapat banyak -- mungkin ada sedikit tetapi tetap tidak banyak.
Terutamanya mahasiswa Melayu. Oh, saya bukan rasis.
Lihat sahaja mahasiswa bukan Melayu, kebanyakkan sibuk mencari nilai tambah untuk diri sendiri. Mudah sahaja, mari kita lihat contoh kelab AIESEC. Peratusan Melayu di setiap kampus mungkin 5% sahaja dalam kelab tersebut. Kebanyakan manusia tidak sedar bahawa kelab ini mampu membangunkan pemimpin hebat. Lihat sahaja sistem pertukaran pelajar luar negara mereka! Mereka menghantar pelajar untuk berkhidmat kepada komuniti global.
Mahasiswa Melayu ada? Kurang.
Kebanyakannya sibuk dengan ideologi.
Jika benar pun anda sibuk dengan ideologi, ada yang mampu memahami apa itu sebenarnya 'freedom of expression' dan bagaimana kebebasan itu mampu ditarik, apa itu 'harm principle', apa itu autonomi tubuh, apa itu liberti positif, apa itu 'doctrine of double effect', apa itu 'principle of invisible hand', dan etc?
Fokus sekarang sepatutnya adalah "nilai tambah individu". Jangan salahkan rakyat bukan berbangsa Melayu jika mereka maju. "Ber-ideologi" itu tidak salah, sebenarnya bagus (lihat sahaja Marx, Nietzsche, dan Berlin), tetapi cuba lihat prioriti terlebih dahulu.
Apa yang anda (sebagai mahasiswa) ingin capai dahulu:
1. Memimpin diri sendiri.
2. Memimpin orang lain.
Yang mana?
Tidak ramai yang mampu untuk membangunkan bangsa, saya sendiri tidak mampu. Oleh itu, pilihlah fokus anda dengan sebaiknya.
Mungkin tahun hadapan, mungkin tahun hadapan saya bertanding menjadi calon. Mungkin. Bukan untuk apa-apa, untuk melihat areena politik dari perspektif berbeza, untuk mencipta perubahan positif.
Tapi bukan atas tiket Aspirasi.
Aspirasi sekarang lemah. Lihat sahaja perpecahan jentera. Lihat sahaja perpecahan orang atasan. Tapi sekarang ini sokongan saya masih dengan Aspirasi, cuma saya terluka mengetahui ada orang atasan yang tidak mahu menang tahun ini. Saya tahu, menang itu tidak penting, tapi saya cuma mahu melihat usaha, dan sifat kepimpinan.
Tahun hadapan, kalau bertanding, atas tiket berbeza. Atas tiket GENIUS.
No comments:
Post a Comment