Wednesday, January 8, 2014

Tentang Perlumbaan Agamawan

Ahli politik sekarang ini berlumba-lumba untuk menunjukkan siapa lebih Islam (kita husnuzon sebentar, bahawa mereka memang inginkan kebaikan), tetapi sayang apabila penghayatan nilai-nilai Islam itu sudah tidak ada. Kosong ibarat tin yang diketuk-ketuk.

Islam itu cintakan keamanan dan kedamaian. Bukan gila takfir, bukan gila bakar buku, bukan serbu gereja orang lain dan rampas kitab suci mereka. Ini bukan nilai Islam, ini nilai agamawan (golongan yang cuba menaikkan agama, tapi salah tindakannya). Serupa seperti mullah-mullah Pakistan gamaknya.

Semoga manusia sedar bahawa Islam itu bukan sekadar solat dan puasa, tetapi juga mendalami jiwa dan akal manusia. Fikir wahai politikus Malaysia, fikir.

No comments:

Post a Comment