Thursday, January 17, 2013

Politik Buta

Jika kebanyakan manusia kata cinta itu buta, aku berani katakan yang politik itu lagi buta. Ya, buta jika kau biarkan fantatisme bersenggama dengan minda waras kau.

Jika orang kata cinta itu lebih luas daripada skop "couple" (sudah tentu), maka politik itu lebih luas daripada skop fanatisme dan partisan semata-mata kerana politik adalah bidang yang berkenaan dengan pentadbiran negara dan rakyat, juga dalam pengurusan hubungan negara sendiri dan negara luar.

Oleh itu, politik tidak bersifat muktamad. Maksudnya, setiap pihak pasti ada kekurangan dan kesalahan. Bahkan, Saidina Umar r.a. dahulu, seorang khalifah, pun pernah ditegur oleh rakyatnya dan mengakui kekurangan beliau.

Ini bukti bahawa selain daripada Rasulullah SAW, tidak ada politik yang mampu bebas daripada silap.

Sayangnya, sama ada kerajaan mahupun pembangkang mempunyai golongan "macai" tersendiri. Ah, aku bukannya suka perkataan "macai", aku rasa ibarat kurang ajar dan biadap. Tapi, definisi aku untuk "macai" sekarang adalah mereka yang membutakan mata akibat politik partisan yang bersifat fanatik semata-mata.

Ada yang mengatakan seseorang ini "macai kerajaan" tanpa menyedari hakikat diri sendiri adalah "macai pembangkang". Begitu juga sebaliknya. Manusia yang bersifat hipokrit begini yang membutakan politik, dan menyempitkan ideologi manusia lain.

Kasihan.

Tahulah kalian semua bahawa setiap pihak itu ada kekurangannya dan kekurangan tersebut bukan tiket untuk menjadi "macai" dan menghina pihak lain sewenang-wenangnya. Tidak kiralah kau UMNO yang merasakan bangsa kau superior, atau PAS yang merasakan agama kau lebih power daripada Saidina Umar r.a.

Hakikatnya kita semua sedang mencari kebenaran, dan kebenaran itu tidak buta, politik itu juga tidak buta, bahkan cinta juga tidak buta.

Buta itu apabila kau biarkan fanatisme bersenggama dengan minda waras kau.

No comments:

Post a Comment