Walaupun aku anak sulung dalam keluarga dan tahun ini mencecah angka 21, aku masih rasa yang aku belum matang dari segi menjalankan tanggungjawab.
Entahlah. Setiap kali cuti dan balik rumah aku duduk depan laptop dan depan TV, tak buat apa-apa sangat.
Oleh sebab itu aku mengambil keputusan untuk ambil semester pendek bulan Julai nanti. Maksudnya aku cuma akan balik rumah waktu Eid-ul-Fitri.
Kemungkinan sehinggalah aku bergraduasi.
Semester depan, kemudiannya, semester pendek, dan cuti Eid. Selesai itu pula tahun akhir pengajian ijazah sarjanamuda. Pastinya lagi sibuk dengan projek akhir tahun yang rasanya cuti sebulan antara semester aku tak balik punya. Lepas tu, habis semester, dan Latihan Industri pula.
Entah berapa lama aku tak akan balik rumah.
Aku ingin balik rumah dengan pencapaian yang membanggakan, dengan kematangan yang menyenangkan. Aku nak balik nanti, aku sudah ada bisnes yang baik, sudah ada buku-buku yang sudah terbit, sudah ada banyak pencapaian.
Impian. Semoga.
No comments:
Post a Comment