Saturday, January 5, 2013

Minggu Ulangkaji

Kebanyakan masa minggu ulangkaji diluangkan bersama Handrie. Padahal seorang FEP, seorang lagi FST. Tapi ulangkaji sama, dengan haluan sendiri-sendiri.

Bangun pagi usai solat (aku saja tentunya) dan segalanya, berjalan kaki sekitar UKM. Kadangkala ke stadium dan ke padang kemudiannya ke DECTAR sebelum bersarapan di KUO.

Selepas itu, kembalilah aku ke KIY untuk mandi dan bersiap.

Turun semula ke KUO selesai itu untuk sambung mengulangkaji. Kalau lapar, pergi makan tengahari bersama, sambil menimbal semula sama ada patut makan nasi atau mi segera.

Petang pula kadangkala jalan kaki lagi sekitar UKM, kadangkala rehat dalam bilik sambil baca-baca nota. Paling tidak bergelak ketawa. Kemudiannya aku kembali ke KIY lagi untuk mandi dan bersiap untuk maghrib.

Usai maghrib kembali ke KUO, Isya' di sana, makan di sana, dan sambung ulangkaji.

Ya, begitulah minggu ulangkaji bersama Handrie.

No comments:

Post a Comment