Saturday, May 26, 2012

Engkau pernah?

Kau pernah rasa kau ingin sahaja melepaskan segala isi hati kepada seseorang yang bukannya diri engkau sendiri? Segala kekusutan dan kekalutan yang perlu engkau buang? Entahlah. Beberapa hari ini aku rasa aku mudah marah, mudah melenting. Mungkin tertekan. Maaf, aku bukan jenis mudah tertekan untuk peperiksaan, tetapi ini adalah simptom tubuh yang sedang melawan perubahan. Maka, dengan hasrat hati untuk mengelakkan menyakitkan hati orang lain, juga untuk aku mencari keutuhan diri, aku jauhkan diri dan asingkan diri daripada orang lain. Ada juga sekali sekala LIKE, KOMEN, atau TWEET, tapi tidak di dunia sebenar. Ada pun tidak banyak. Masa yang terluang pun melihat sedikit sebanyak perbualan manusia di FB dan aku hanya melayan perasaan yang melayang. Sungguh. Memang, aku rasa aku perlukan seseorang untuk bercerita, untuk melepaskan kesemuanya. Namun, biarlah aku jadikan Dia tempat penggantunganku yang utama. Walaupun tubuh ini melawan perubahan, biarlah hati ini tetap kepada-Nya. Oh sahabat, aku merindui kalian :')

1 comment: