Monday, May 5, 2014

Meniti Nafs Lawwamah

Dalam al-Quran, ada golongan pentafsir yang menyatakan kondisi manusia dibahagikan kepada TIGA peringkat: nafs ammarah, nafs lawwamah, dan nafs muthmainnah.

Nafs ammarah ini adalah peringkat terendah iaitu apabila seorang manusia melakukan apa sahaja berdasarkan naluri dan nafsu semata-mata. Kondisi ini juga dipanggil 'natural state' yang tidak ada kawalan dari segi akal mahupun rohani. Mudahnya, seolah-olah kondisi haiwan.

Peringkat seterusnya adalah nafs lawwamah iaitu apabila seorang manusia mengenali kepentingan mengawal diri demi mencapai kebaikan. Namun, manusia dalam peringkat ini sering melakukan kesilapan. Ibarat seorang bayi yang baru belajar berjalan dan sering terjatuh -- tetap juga cuba berjalan walau asyik jatuh. Kondisi ini juga dilabel sebagai 'moral state'.

Peringkat tertinggi adalah nafs muthmainnah yang menyatakan bahawa dalam kondisi ini, seorang manusia itu benar-benar mendapatkan kemanisan iman dalam apa saja yang dilakukannya -- kerana setiap perbuatannya dalah kerana Allah.

Secara peribadi, aku merasakan aku berada di peringkat ini. Aku sering saja jatuh, berkali-kali, dan kadangkala di lubang yang sama. Tapi tidak pernah aku mati akal atau putus asa. Mungkin manusia tidak melihat usaha, dan cuma menilai kejatuhan saja -- tapi kalau kau dalam keadaan yang sama, kau perlu ingat Allah Azza Wa Jalla itu yang akan melihat usaha kau dan aku.

Aku sarankan kau dan aku untuk teliti buku Untuk Kita Pendosa tulisan Hilal Asyraf demi meningkatkan motivasi.

Selain itu, aku sarankan kau dan aku untuk menghayati video Mat Luthfi yang bertajuk Sebelah Sayap -- mengisahkan bahawa manusia seringkali jatuh di lubang yang sama, bukannya tidak belajar dari kesilapan, cuma kadangkala perlukan waktu. Juga beliau menyentuh mengenai para da'ie yang sewajarnya tidak melabel atau putus asa tehadap usaha manusia yang sering terjatuh.

No comments:

Post a Comment