Tuesday, November 29, 2011

Kadang Aku Terlupa DIA

Allahu Rabb. Allahu.

Kadangkala aku terlupa untuk bergantung kepada-Nya. Kadangkala cuba untuk buat semua sendiri.

Selalu sahaja terlupa. Ingat pula nasihat ibu tersayang: "Doa adalah senjata kita"

Dia yang teristimewa juga selalu bagi nasihat.

Oh, dia yang teristimewa, terima kasih kerana ingatkan saya tentang Dia.

Pergantungan ini hanya untuk Dia, Tuhanku.

Allahu Rabb.

Dan Fikiran

Hari ini hari yang normal.

Cuma pemikiranku hari ini cukup berbeza.

ini namanya, rasa 'down' tanpa sebab. Ataupun akibat tekanan?

Monday, November 21, 2011

Perkahwinan Itu Bagaimana

Ramai orang mempunyai persepsi, perkahwinan itu adalah pengakhiran indah sebuah kisah cinta.

Senior saya, secara persepsi, seolah-olah mengatakan cinta itu boleh berubah, maka jika tidak pasti, adakah wajar kahwin?

Ada juga orang kata, kalau belum mampu fizikal, mental, emosi, spiritual, jangan kahwin dulu.

Maksudnya, tunggu sempurna dahulu baru kahwin? Sesempurna seorang sufi?

Walhal...

Perkahwinan itu, jika sudah cukup asasnya, boleh saja teruskan.

Tidak perlu sempurna, tetapi saling melengkapi.

Kesempurnaan itu datangnya dari kebersamaan. Komplementari.

Saling menutupi kelemahan, saling bantu membantu.

Tidak semestinya sempurna dahulu.

Oh, tiba-tiba rasa nak kahwin!

Monday, November 14, 2011

Day 3: My Idea of a Perfect First Date #30DaysChallenge

Ini entri yang sememangnya untuk hari ini.

Mudah sahaja.

Saya dan dia, dan tiada apa-apa di antara.

Bak kata orang Barat: "Herself and I, and nothing in between"

Day 2: My Fav Movie #30DaysChallenge

Oh, entri ini sepatutnya tulis kelmarin ('semalam' untuk para penduduk Semenanjung).

Filem yang mendapat tempat di hati?

Entah, susah. Saya sangat suka menonton filem, tetpi untuk menyukainya secara spesifik sangatlah susah.

Mungkin, mungkin, tiada.

Serius tiada.

Sunday, November 13, 2011

Hari Ini Hari Terakhir di UMP

Hari ini Insya-Allah balik ke UKM.

Semoga dapat lagi datang ke sini.

Semoga dapat jumpa lagi, Insya-Allah.

Ameen.

Saturday, November 12, 2011

Day 1: My Fav Song #30DaysChallenge

I usually don't have a particular song that I like, rather I like a bunch of songs by several bands.

Though now, I'm into more songs since she gave me so much song, and I learn to love them.

But this one particular song, though not given by her, is something special to me.

This is the first song that I hear, that wasn't too mainstream.

Yeap, my uncle introduced this song to me actually.

And... Well, this song is the first step towards the Mr. A that you know today.

Also, this song is about losing a friend, and ironically, I lose friends often, erm.

Watch it on youtube:
www.youtube.com/watch?v=cjVQ36NhbMk


Step one you say we need to talk
He walks you say sit down it's just a talk
He smiles politely back at you
You stare politely right on through
Some sort of window to your right
As he goes left and you stay right
Between the lines of fear and blame
You begin to wonder why you came

CHORUS:
Where did I go wrong, I lost a friend
Somewhere along in the bitterness
And I would have stayed up with you all night
Had I known how to save a life

Let him know that you know best
Cause after all you do know best
Try to slip past his defense
Without granting innocence
Lay down a list of what is wrong
The things you've told him all along
And pray to God he hears you
And pray to God he hears you

CHORUS:
Where did I go wrong, I lost a friend
Somewhere along in the bitterness
And I would have stayed up with you all night
Had I known how to save a life

As he begins to raise his voice
You lower yours and grant him one last choice
Drive until you lose the road
Or break with the ones you've followed
He will do one of two things
He will admit to everything
Or he'll say he's just not the same
And you'll begin to wonder why you came

CHORUS:
Where did I go wrong, I lost a friend
Somewhere along in the bitterness
And I would have stayed up with you all night
Had I known how to save a life

CHORUS:
Where did I go wrong, I lost a friend
Somewhere along in the bitterness
And I would have stayed up with you all night
Had I known how to save a life
How to save a life
How to save a life

CHORUS:
Where did I go wrong, I lost a friend
Somewhere along in the bitterness
And I would have stayed up with you all night
Had I known how to save a life

CHORUS:
Where did I go wrong, I lost a friend
Somewhere along in the bitterness
And I would have stayed up with you all night
Had I known how to save a life
How to save a life

Friday, November 11, 2011

Kerana Ini Bukan Blog Pasal Mr. A

Ini bukan blog pasal Mr. A.

Ya, bukan pasal saya.

Blog ini pasal minda saya yang sangat kompleks.

Tapi, memandangkan dia yang teristimewa memberi cabaran...

30 days blog challenge.

Maka, CHALLENGE ACCEPTED.

Tunggu.

Oh,adaexamtapibelumstudy.

Tuesday, November 8, 2011

Bagaimana Islam Hendak Maju Jika...

...kita terus menulis tanpa sumber autoritatif?

...kita meletakkan emosi dan kebiasaan dalam minda?

Sumber itu penting, untuk kesahihan.

Contohnya hadis, panjang sanad untuk mengetahui susur galur hadis itu.

Bukankah baik sedemikian?

Emosi dan kebiasaan itu, kadangkala mengkaburkan minda.

Kebenaran itu di luar batas emosi, di luar kebiasaan.

Maka untuk mencari kebenaran itu, letakkan kedua-dua itu di tepi.

Saturday, November 5, 2011

Eid Mubarak

Menulis entri panjang berkenaan Eid adalah klise.

Sebaliknya, renungkan sendiri pengertian sebenar Eid.

Salam Eid Mubarak.

Sangat tidak klise.

Bertindak Atas Kekuatan Sendiri

Selalu sahaja saya memerhatikan blog yang penulisnya mampu memberi kesan mendalam kepada diri saya. Mahu sahaja jadi seperti mereka.

Namun, rasanya seperti saya tidak mampu.

Kemudiannya saya sedar, ayat yang selalu saya keluarkan saya tidak mainkan dalam situasi ini: BERTINDAK ATAS KEKUATAN SENDIRI.

Mereka adalah mereka. Saya adalah saya.

Oh, terima kasih Allah kerana mengingatkan saya.

Friday, November 4, 2011

Saya Takut Untuk Awak

Dan kadangkala saya juga takut.

Seperti manusia lain.

Tapi takut saya lain, mungkin.

Saya takut jika jika saya jauh dari Allah.

Takut juga jika awak jauh dari Allah.

Sangat.

Saya takut jika Allah tidak menerima taubat saya, taubat awak.

Oleh sebab awak sangat penting dalam hidup saya, maka saya kesah...

Saya kesah dunia dan akhirat awak.

Menelesuri Jangka Tujuh Bulan

Oh, sedar tidak sedar kita sudah bersama dalam jangka masa tujuh bulan.

Tujuh bulan yang penuh dengan senyum manis.

Penuh dengan tawa riang.

Penuh dengan tangis sedih.

Penuh dengan marah sayang.

Oh, penuh dengan memori dan semoga...

Semoga masa depan kita penuh dengan keindahan.

Semoga kita terus bersama.

Semoga kita bersama selamanya. Insya-Allah.

Sayang, happy 7th monthsary

Thursday, November 3, 2011

Saya Lemah, Maaf.

Saya tahu saya banyak kelemahan.

Makanya saya minta maaf.

Saya tahu saya tidak sempurna.

Makanya saya minta maaf.

Oh, saya lemah. Sangat.

Wednesday, November 2, 2011

Mengapa Islam Kini Lambat Berkembang?

Melalui pemerhatian saya, sebenarnya, umat Islam sekarang tidak aktif menggali ilmu.

Serius.

Baru sahaja terlihat video Adi Putra, dan melihat komen seorang rakan mengenai kehebatannya mencipta formula melalui al-Quran.

Dan teori ini, teori itu, teori ini itu, teori segala teori, mereka membanggakan fakta bahwa teori tersebut daripada al-Quran.

Ya, saya tahu al-Quran itu hebat! Tapi menfapa kita sendiri tidak mengkaji sedalam-dalamnya?

Kita tidak menggali. Oh, sekurang-kurangnya saya sekarang ini sedang cuba mengkaji beberapa hipotesis saya.

Serius. Jika kita ingin memenangkan Islam ke atas semua agama lain, kita perlu mencipta wacana hebat.

Kita perlu mencipta dan menggali ilmu yang menentang terus ilmu mereka.

Dan, hapuskajn prejudis.

Dahulu, Professor Abdussalam menang hadiah Nobel. Dia seorang genius.

Dia Muslim pertama memenanginya dalam bidang Fizik.

Namun dia dikatakan bukan Islam kerana dia merupakan seorang ahli Jemaat Ahmadiyah.

Perkara sebegini yang menghalang perkembangan kita semua.

Dan, sekali lagi, jauhkan tradisi dan budaya daripada Islam. Tolong jangan campur aduk.

Tolong jangan malukan saya.

Kekosongan Terisi

Pagi ini rasa kosong saya sudah hilang.

Allah, terima kasih kerana mengisi kekosongan itu.

Dan kini, hati ini membuak-buak dengan semangat untuk maju ke depan.

Saya akan jadi pelajar yang hebat.

Saya akan jadi penulis yang unggul.

Saya akan jadi usahawan yang berkaliber.

Oh, saya akan! Yakin sangat? Peduli.

Ini adalah teknik penegasan peribadi, faham?

Jom berusaha maju ke depan!

Tuesday, November 1, 2011

Dan Begitulah Kisahnya

Balik dari jauh, dan saya sungguh bersemangat.

Oh, semangat untuk menyusun hidup.

Dan. Dan, kau tahu, tiba-tiba (belum sampai bilik dari jalan jauh) dipanggil untuk kawad.

Dan malam ini saya "sakit". Terima kasih.

Sila datang lagi, oh, saya tidak suka paksaan psikologi.

Setiap Insan Perlu Waktu Bersendirian

Oh, memang perlu.

Hidup kadangkala terlalu menekan, dan minda semakin sempit.

Tubuh juga boleh jadi penat! Oh, sangat penat.

Waktu sebegini yang memerlukan kekosongan yang sangat kosong.

Kekosongan untuk menyusun semula hidup sendiri.

Menyusun minda.

Menyusun fizikal.

Menyusun cara hidup.

Menyusun kekusutan.

Menyusun apa yang perlu disusun.

Banyak kan? Dan waktu sebigin yang memerlukan kekosongan yang sangat kosong.

Oh, sangat perlu! Oh, sangat perlu!

Allah, tenangkan hati hamba-Mu yang serba lemah ini.

Allahu Rabbi, pinjamkan aku kekuatan-Mu, sesungguhunya Engkaulah Al-Aziz.