Melalui pemerhatian saya, sebenarnya, umat Islam sekarang tidak aktif menggali ilmu.
Serius.
Baru sahaja terlihat video Adi Putra, dan melihat komen seorang rakan mengenai kehebatannya mencipta formula melalui al-Quran.
Dan teori ini, teori itu, teori ini itu, teori segala teori, mereka membanggakan fakta bahwa teori tersebut daripada al-Quran.
Ya, saya tahu al-Quran itu hebat! Tapi menfapa kita sendiri tidak mengkaji sedalam-dalamnya?
Kita tidak menggali. Oh, sekurang-kurangnya saya sekarang ini sedang cuba mengkaji beberapa hipotesis saya.
Serius. Jika kita ingin memenangkan Islam ke atas semua agama lain, kita perlu mencipta wacana hebat.
Kita perlu mencipta dan menggali ilmu yang menentang terus ilmu mereka.
Dan, hapuskajn prejudis.
Dahulu, Professor Abdussalam menang hadiah Nobel. Dia seorang genius.
Dia Muslim pertama memenanginya dalam bidang Fizik.
Namun dia dikatakan bukan Islam kerana dia merupakan seorang ahli Jemaat Ahmadiyah.
Perkara sebegini yang menghalang perkembangan kita semua.
Dan, sekali lagi, jauhkan tradisi dan budaya daripada Islam. Tolong jangan campur aduk.
Tolong jangan malukan saya.
No comments:
Post a Comment