Friday, July 1, 2011

Fokus: Dia, Jutawan, Sastera

Saya selalu kaitkan diri dengan watak-watak daripada siri drama How I Met Your Mother. Kali ini saya akan kaitkan diri saya dengan Ted Mosby -- Mr. Corrector.

Dalam satu episod, beliau menyatakan beliau mempunyai 3 impian: The Wife, The House, The Kids. Dalam usaha mencapai ketiga-tiga usaha tersebut, beliau selalu sahaja malang dalam pencarian The Wife dan seterusnya The Kids. Maka, dia cuba mencapai The House terlebih dahulu.

Saya juga ada 3 impian ataupun fokus: Dia, jutawan, dan sastera.

Sementara ini saya sedang fokus dengan dia, ya, dia yang teramat saya cintai. SYNXRH.

Apabila saya fokus kepada dia, secara tidak langsung fokus tersebut mendekatkan saya kepada 2 lagi impian yang lain. Betu kata orang, apabila kita mencintai seseorang, dan dia adalah orang yang sesuai, semuanya menjadi mudah.

SYNXRH. Be mine? Forever. :)

Mencari 'Suara' Untuk Menulis

Blog dan entri yang tercipta ini adalah untuk latihan sahaja. Ya, latihan peribadi untuk mencari 'suara' ataupun 'nada' untuk bersedia menulis sebuah blog yang lebih serius.

Pentingnya Mencari 'Suara' Dalam Penulisan

Cuba anda semua renungkan kembali. Blog-blog ataupun hasil tulisan yang menarik, kebiasaanya mempunyai nada yang menarik, mempunyai personaliti. Nada-nada sebegini yang membuatkan kita terus membaca penulisan sedemikian.

Ada juga blog-blog yang (terutamanya blog Melayu) yang mempunyai banyak isi penting, malangnya nada penulisan terlalu mendatar.

Serius bosan!

Ada juga yang nada pretentious. Ceh, macam-lah mereka sahaja yang hebat. Betul, penulisan yang agak hipokrit -- dan kononnya lawak -- sangat tidak amsuk dalam minda saya.

Maka, nada itu penting! NADA ITU PENTING!

Namun, nada yang sesuai itu LAGI PENTING!! Seperti contoh blog-pretentious-hipokrit-kononnya-aku-sahaja-hebat di atas, ya, nada yang sangat tidak sesuai.

Wah, cukup panjang merepek. Dan sememangnya tiada siapa pun yang akan membaca, So, Adios muchachos!