Blog dan entri yang tercipta ini adalah untuk latihan sahaja. Ya, latihan peribadi untuk mencari 'suara' ataupun 'nada' untuk bersedia menulis sebuah blog yang lebih serius.
Pentingnya Mencari 'Suara' Dalam Penulisan
Cuba anda semua renungkan kembali. Blog-blog ataupun hasil tulisan yang menarik, kebiasaanya mempunyai nada yang menarik, mempunyai personaliti. Nada-nada sebegini yang membuatkan kita terus membaca penulisan sedemikian.
Ada juga blog-blog yang (terutamanya blog Melayu) yang mempunyai banyak isi penting, malangnya nada penulisan terlalu mendatar.
Serius bosan!
Ada juga yang nada pretentious. Ceh, macam-lah mereka sahaja yang hebat. Betul, penulisan yang agak hipokrit -- dan kononnya lawak -- sangat tidak amsuk dalam minda saya.
Maka, nada itu penting! NADA ITU PENTING!
Namun, nada yang sesuai itu LAGI PENTING!! Seperti contoh blog-pretentious-hipokrit-kononnya-aku-sahaja-hebat di atas, ya, nada yang sangat tidak sesuai.
Wah, cukup panjang merepek. Dan sememangnya tiada siapa pun yang akan membaca, So, Adios muchachos!
No comments:
Post a Comment