Aku bukan seorang imam, seorang sufi, mahupun seorang yang begitu alim.
Tidak. Aku tahu diri aku ini selalu sahaja bergelumang dosa.
Namun, aku ingat kata-kata ibu aku, kata-kata seorang murabbiku:
"Seorang Muslim itu ibarat lilin, ke ceruk mana dia pergi, dia tetap mengeluarkan cahaya dan menerangi manusia di sekelilingnya"
Sungguh, aku hidup berdasarkan kata-kata di atas, walaupun aku tahu aku selalu berbuat dosa.
Ayat di atas membawa maksud untuk sentiasa menjadi terbaik dalam apa jua keadaan, dalam apa jua perkara.
Juga membawa maksud untuk menjadi manusia yang sentiasa menerangi hati manusia lain di sekeliling.
Membawa cahaya kebaikan untuk diisi ke dalam hati mereka.
Dan menjadi lilin itu membakar diri, kadangkala sakit, kadangkala terasa seperti kau tersisih, atau apa jua perasaan negatif.
Tapi tidak kisahlah, sebab aku membakar diri untuk Dia, InsyaAllah.
Biarlah syaitan membisik-bisik, cuba meniup mati api lilin ini, aku akan sentiasa bersinar.
Kalau bukan lilin, aku juga mampu jadi lampu suluh *dia akan kata: motifffffff?*.
Motifnya, kasih sayang dan cinta itu ibarat lilin juga.
Kadangkala sakit, namun sentiasa indah *pergh, bayangkan Aaron Aziz yang berkata-kata*.
Bagi aku, hidup ini tidak sentiasa cerah, tapi akan selalu indah. Pahit itu indah, manis itu indah -- jika bersama dia. * kali ini bayangkan aku pula berkata-kata dengan muka bajet baik, pergh, mesti lagi macho dari Harun Ajis kan?*
Dan seperti biasa, dia akan tanya... MOTIFFFFFF?
Motif utama: Aku ini jenis manusia begini, yang tidak kesah apa, akan tetap memberi kasih sayang.
Motif sampingan: Aku boleh berkata-kata dengan gaya lebih macho berbanding AA. Terima kasih Kopi Jantan!
No comments:
Post a Comment