Wednesday, December 28, 2011

Roti Yang Sempurna

KEGELAPAN sudah mula melabuhkan tirainya di birai langit; memalapkan sinar mentari yang cukup waktu untuk tenggelam – itulah sunnatullah. Bunga-bungaan juga kuncup tatkala langit semakin kelam, dan burung-burung yang semenjak siang mencari rezeki kini pulang ke sarang. Semua ciptaan-Nya tunduk dan patuh akan ketetapan Maha Pencipta.

​Bakeri Al-Fansuri juga sudah kelihatan lengang – tutup dan berhenti beroperasi untuk hari ini. Hanya beberapa orang pekerja sahaja yang tinggal di situ untuk membersihkan ruang makan pelanggan. Seorang pekerja yang berjawatan lebih tinggi sedang menyelia mereka: hanya memberi arahan dari ruangan dapur, memerhatikan ketuhar di hadapannya dengan penuh teliti. Bukan dia tidak membanting tulang bersama pekerja bawahannya, tetapi tugasannya untuk menyiapkan roti itu lebih penting... roti yang mampu mencipta revolusi di dunia roti dan pastri.

​“Encik Rizal, tugas kami sudah selesai. Kami bertiga balik dahulu.”

​Penolong Ketua Chef Bakeri Al-Fansuri yang terbiasa dengan panggilan Encik Rizal itu tersenyum dan mengangguk, tidak sesekali dia mengalih pandangannya dari ketuhar tersebut.

​Pekerja-pekerja bawahannya – chef pelatih – beberapa orang itu turut tersenyum. Faham benar akan keadaan Encik Rizal. Bukan dia sombong tidak mengendahkan mereka, tetapi roti yang cuba disiapkan oleh Penolong Ketua Chef itu adalah sangat penting. Tidak boleh ada sedikit kesilapan pun! Eksperimentasi yang memakan masa beberapa tahun, dan sehingga kini hanya menemui kegagalan.

​Rizal menarik nafas sedalam-dalamnya. Beberapa minit lagi ketuhar akan berbunyi dan roti akan siap. Entah eksperimentasi petang ini berjaya atau tidak. Setelah ratusan ekseperimentasi yang gagal, perasaan dan motivasinya sudah semakin merudum. Tetapi tidak petang ini. Dia dapat merasakan sedikit perbezaan, mungkin kerana dia sudah mula mendapat kombinasi bahan-bahan, cara penyediaan, dan cara pembakaran yang cukup mantap.

​Roti yang ingin dibakar olehnya adalah roti yang sempurna. Sebuah ilham daripada arwah ayahnya – dialah orang pertama yang berusaha untuk mencipta roti tersebut. Namun, gagal. Kini Rizal pula mengikut jejak langkah ayahnya...

​“Ayah, roti apa yang ayah cuba siapkan?” Rizal yang berusia 16 tahun itu hairan melihat ayahnya yang kerap kali membakar roti, dan kerap kali itu juga ayahnya hampa dengan hasil tersebut.

​“Roti yang sempurna,” ayahnya menjawab. “Roti yang mampu menepati selera majoriti umat manusia.”

​“Bagaimana pula?”

​“Kamu tahu roti putih yang biasa kita makan? Roti tersebut merupakan roti yang mampu menepati selera ramai orang – rasa roti yang sederhana mampu untuk harmoni dengan pelbagai rasa sama ada manis mahupun masin; teksturnya yang lembut dan empuk juga menjadi faktor penaik selera. Namun, tekstur itu juga menjadi faktor pemusnah kerana ada juga orang yang tidak suka untuk makan roti yang terlalu lembut.”

​“Ada juga orang yang macam itu?”

​“Tentunya, sebab itulah wujudnya roti Perancis seperti baguette. Rasa roti itu juga agak sederhana, tetapi teksturnya lebih kasar berbanding roti putih.”

​Rizal hanya mengangguk. Penerangan panjang lebar oleh ayahnya itu cukup membuatnya kagum dengan idea orang tuanya itu. Kemudian, dia sedar akan sesuatu.

​“Tapi ayah, bukankah kalau kita bakar roti putih itu, teksturnya juga turut menjadi kasar seperti roti Perancis?”

​“Memang betul,” ayahnya menarik nafas panjang, “tapi kamu harus faham, Rizal. Roti yang sudah masak dan kemudiannya kita bakar semula, roti tersebut akan menjadi kering. Berbeza dengan roti Perancis yang bertekstur kasar dan rangup, tapi kelembapan roti tersebut masih tersimpan. Ingat Rizal, roti yang terlalu lembab adalah kurang enak, begitu juga roti yang terlalu kering.”

​Pesanan ayahnya 8 tahun lalu masih bermain dalam mindanya. Dialah penerus legasi dan eksperimentasi tersebut setelah pemergian ayahnya itu.

​“Roti yang terlalu lembab adalah kurang enak, begitu juga roti yang terlalu kering. Objektif utama adalah mencipta roti yang bertekstur lembut dan apabila proses pembakaran semula berlaku, teksturnya akan berubah kasar – namun kelembapannya masih kekal.”

​Rizal cuba menyatakan semula objektif eksperimentasi tersebut untuk menaikkan semangatnya tatkala dia mengeluarkan roti dari dalam ketuhar. Entah eksperimentasi untuk kali yang ke-berapa. Entah adakah sama juga gagal untuk kali ini? Dia mencapai pisau roti dan kemudiannya memotong sekeping roti untuk mencuba rasa roti tersebut.

​“Rasa roti ini meningkat berbanding sebelumnya,” ujar hati kecilnya.

​Jem. Kari. Percubaan rasa bersama perasa manis dan masin pula. Rizal memotong lagi sekeping roti dan memotong lagi roti tersebut kepada dua bahagian. Satu untuk jem. Satu lagi untuk kari.

​“Alhamdulillah. Harmoni dua rasa juga masih sesuai.”

​Memang seperti kebiasaan, tiga percubaan awal ini akan berjaya. Namun, percubaan terakhir pula yang akan menentukan adakah roti ini sempurna atau tidak.

​Pembakar roti yang sudah tersedia di atas meja dapur itu dihidupkan oleh Rizal, dan dia kemudiannya meletakkan sekeping lagi roti di dalamnya. 2 minit.

​“Rizal, seperti biasa waktu sebegini kamu masih lagi di sini. Eksperimentasi kali ini bagaimana?” Suara itu garau. Datangnya dari kawasan pintu belakang dapur yang tidak berkunci. Sebuah lembaga masuk bergerak masuk ke dalam dapur itu, wajanya terukir senyuman sinis.

​“Oh, Encik Anwar,” Rizal cuba memaniskan muka dengan orang atasanya itu – Encik Anwar Bukhari – Ketua Chef Bakeri Al-Fansuri.

“Seperti biasa saya sedang membuat percubaan terakhir juga untuk roti kali ini.”

​“Rizal... kamu sememangnya macam ayah kamu. Semangat yang sama, namun seolah-olah hasil eksperimentasi itu juga sama. Kadangkala saya bingung memikirkan sebab munasabah untuk Encik Al-Fansuri memberi dana untuk meneruskan eksperimentasi ini.”

​Sifat sabarnya masih mampu membuat dirinya tenang. Rizal tidak boleh hilang sabar, tidak boleh bertindak melulu. Encik Anwar sememangnya begini, selalu sinis dalam keadaan tenang. Sungguh sarkastik! Orang atasannya itu seolah-olah memasang umpan di lautan yang tenang. Umpan tersebut bukannya untuk ikan, tetapi untuk orang-orang bawahannya hilang sabar dan menyerangnya – maka mudahlah untuk dia memecat mereka kemudian. Licik.

​“Hasilnya tidak sama, Encik Anwar,” Rizal tersenyum tenang, “setiap kali eksperimentasi berakhir, setiap kali itu juga saya semakin dekat untuk menyempurnakan roti yang diilhamkan oleh ayah saya.”

​Ketua Chef itu seolah-olah tersentak dengan kenyataan tersebut. Wajahnya berubah muram.

​“Rasanya eksperimentasi kali ini akan berjaya. Jika tidak, mungkin dalam dua atau tiga kali percubaan lagi. Insya-Allah,” ujar Rizal lagi apabila pembakar roti sudah sudah menunjukkan masa yang cukup 3 minit.

​Kali ini Rizal tidak mempedulikan lagi orang atasannya itu. Dia terus mencapai roti bakar yang panas itu dan meletakkannya di atas pinggan untuk membiarkan haba dari roti itu untuk keluar sedikit demi sedikit – mungkin dalam seminit lagi.

​“Rizal... saya bukan apa, saya cuma risaukan keselamatan awak. Jika awak tidak berhenti dengan eksperimentasi ini, mungkin kemalangan yang menimpa ayah awak 8 tahun lalu juga akan menimpa kamu,” Encik Anwar berkata-kata sewaktu mencapai tombol pintu, tanpa menoleh. Tegas

​Rizal tertunduk, tidak ingin dia mengingat kembali peristiwa lampau. Dia cuba mengukir senyuman. Kata orang, walaupun kita senyum dalam keadaan terpaksa, badan kita akan mencipta kegembiraan dengan sendirinya. Ah, cukup! Dia tidak perlu mengendahkan lagi kata-kata Encik Anwar tadi. Roti bakar di hadapannya sudah boleh untuk dimakan olehnya. Rizal mencapai kepingan roti tersebut dan kemudiannya memasukkan sedikit ke dalam mulutnya. Tekstur rangup dan kasar yang dicari olehnya jelas terasa. Namun, kelembapan roti itu masih tidak dapat terjaga. Hampa.

​“80%, perlu ada 20% lagi!” Rizal tidak mengeluh. Dia cuba menaikkan semula semangatnya. Kelembapan roti tersebut kekal sebanyak 80% kelembapan asal. Suatu pencapaian membanggakan sebenarnya, yang sebelum ini hanya mampu mengekalkan 45% kelembapan asal.

​Dia hanya menarik nafas sedalam-dalamnya. Cukup bangga dengan pencapaian untuk petang itu. Mungkin hampa kerana roti tersebut masih belum sempurna. Namun cukup bangga dengan 80% itu. Dalam perasaan yang berbaur itu dia dapat merasakan ototnya sudah lenguh, penat. Mujur dapur sudah dibersihkan olehnya petang tadi. Hanya tinggal ketuhar dan pembakar sahaja. Ah, kerja itu esok pagi sahaja, kepenatannya sudah menggila!

​Kebiasaannya, dia akan melakukan paling kurang dua eksperimentasi setiap hari. Namun petang ini dia sudah cukup penat. Entah mengapa. Mindanya juga sudah mula menerawang tatkala dia mencapai beg galas dan mengunci semua pintu serta tingkap bakeri itu.

​“Ayah!” Rizal yang berusia 16 tahun itu terduduk. Laju sahaja air mata mencurah jatuh di kedua-dua pipinya. Berita itu sungguh menyayat hati. Baru dua hari lalu dia berborak ayahnya mengenai idea revolusi ayahnya. Baru dua hari lalu dia sedar usaha ayahnya yang sudah lama mencuba untuk merealisasikan idea itu. Dan... hari ini pula ayahnya...

​“Puan, saya bersimpati dengan kehilangan pihak puan. Saya tidak menyalahkan beliau atas letupan dapur bakeri saya. Nyata sahaja itu adalah sebuah kemalangan. Bukan salah dia,” pemilik bakeri tempat ayah Rizal bekerja itu bersuara – Encik Al-Fansuri.

​“Tuan, maafkan kami sekali lagi. Dapur bakeri sudah musnah. Mesti...”

​“Tidak apa, puan. Ini bukan salah sesiapa. Ini sunnatullah. Tidak ada sesiapa yang mampu melawan ketentuan-Nya. Puan banyakkan bersabar.”

​Rizal cuba menarik semula mindanya yang menerawang itu. Tidak mahu dia mengenang kembali peristiwa lapan tahun lalu. Namun, natijah peristiwa itu juga dia mengambil keputusan untuk belajar dalam bidang Sains Pemakanan dan mempelajari sedikit sebanyak ilmu kulinari.

​Rizal kemudiannya mencapai tombol pintu hadapan bakeri itu, keluar, dan menutup semula. Belum sempat dia mengunci pintu itu... dia dapat mendengar letupan kuat di dapur, dan impaknya menghancurkan kawasan ruang makan pelanggan. Meja dan kerusi berterbangan; tingkap dan pintu kaca itu berkecai. Seingatnya dia menarik semula mindanya yang belum sempat menerawang jauh tadi. Ini khayalan?

​Tubuhnya terhumban ke belakang. Tersentak. Ini bukan khayalan. Pandangannya semakin kabur. Dari kejauhan, dia dapat melihat seseorang sedang berlari menjauhi kawasan bakeri itu. Seseorang berpakaian seperti seorang Chef – Ketua Chef Encik Anwar Bukhari? Kabur.

 ------------

​Pandangannya berpinar-pinar. Langit semuanya putih, seolah-olah mentari betul-betul di atas kepalanya. Sekejap, itu lampu kalimantang; yang putih itu pula siling. Dia cuba membuka lagi matanya, berat. Setiap derianya seolah-olah bangun serentak – kini pandangannya sudah jelas; kulitnya dapat merasa sedikit sebanyak sakit dan pedih, mungkin daripada luka; lidahnya pula berasa kering dan kelat; dia terhidu pula bauan bahan kimia campuran di bilik itu.

​“Doktor, anak saya sudah sedarkan diri,” suara lembut itu kedengaran gembira.

​Seorang lelaki pertengahan umur mendekati Rizal. Lelaki itu mengambil lampu suluh kecil dari dalam kot putihnya dan menyuluh mata pesakitnya itu. Kemudiannya membuat sedikit pemeriksaan untuk memastikan tiada kesan konkusi ke atas pemikiran mahupun memori Rizal.
​“Alhamdulillah puan, Encik Rizal sudah sedarkan diri sepenuhnya, dan tiada pula kesan sampingan,” lelaki pertengahan umur yang bergelar doktor itu tersenyum dan kemudiannya mengundur diri, keluar daripada wad persendirian itu.

​Kini, wad itu hanya dipenuhi oleh beberapa orang. Selain Rizal, seorang wanita tua berada di situ; seorang lelaki yang sama umur dengan wanita tersebut, berpakaian seperti seorang konglomerat selayaknya; seorang lagi lelaki yang muda sedikit berbanding kedua-dua lelaki dan wanita tersebut, berpakaian serba biasa sahaja. Ibu Rizal, Encik Al-Fansuri, dan Encik Anwar Bukhari.

​“Rizal, syukurlah kamu sedarkan diri,” Encik Anwar bersuara. Sinis ternyata, namun hanya Rizal yang mampu menangkap nada itu.

​“Alhamdulillah,” ujar Encik Al-Fansuri, “Allah masih lagi menjaga kamu. Itulah kuasa Allah, itulah sunnatullah. Walau sesiapa pun cuba melawan takdir, jika ajal belum tiba tetap akan selamat. Bukan begitu, Encik Anwar?”

​Encik Anwar seolah-olah terhenti pernafasannya. Peluh dingin membasahi dahinya. Dia cuba menenangkan diri dan degupan jantung yang kian melaju itu. Soalan majikannya itu dianggukkan sahaja olehnya. Matanya cuba alih ke sekeliling, mengelak pertentangan mata dengan Encik Al-Fansuri.

​Ibu Rizal juga mengiyakan kata-kata Encik Al-Fansuri. Kemudiannya mendekati anaknya Rizal dan mengusap lembut rambut anak kesayangannya itu.

​“Puan jangan risau, segala perbelanjaan perubatan akan ditanggung oleh syarikat. Gaji untuk Rizal juga akan terus masuk oleh sebab perkara ini adalah perihal kemalangan tempat kerja.”

​“Tapi Tuan...” Encik Anwar seolah-olah tidak setuju.

​“Kenapa Anwar?” Encik Al-Fansuri tersenyum sahaja. Tenang.

​Encik Anwar menggeleng. Kerdil.

​Ibu Rizal hanya mengiyakan, sekali lagi. Tidak kesah sebenarnya akan wang ringgit. Perkara yang utama adalah keselamatan anaknya itu. Tidak henti-henti hatinya mengucapkan syukur kepada Allah.

​“Selepas ini, bolehlah saya teruskan lagi eksperimentasi itu, ujar Rizal lemah.

​“Tentu sahaja, Rizal,” jawab majikannya itu.

​“Tapi Rizal, kamu sekarang masih tidak sihat sepenuhnya. Lagi pun, bukankah semua resepi dan data simpanan untuk eksperimentasi itu semua musnah dalam letupan itu?” Encik Anwar bersuara, nadanya menekan.

​“Tidak mengapa, Encik Anwar. Resepi dan data itu cuma tulisan sahaja. Tidak lebih daripada itu. Idea, keinginan, dan formula sebenar mampu saya simpan dalam minda dan jiwa saya. Inilah legasi ayah saya.”

​“Kamu berkata mengenai legasi sahaja. Ibu kamu bagaimana? Nanti perkara sebegini terjadi lagi. Beliau pastinya risau, ujar Encik Anwar lagi. Nadanya sudah semakin tinggi. Nafasnya semakin laju.

​“Rizal, ibu akan tetap menyokong kamu dari belakang. Ibu yakin pertolongan-Nya akan sentiasa ada bersama orang yang benar.”

​Encik Anwar sudah tidak tertahan lagi. Nafasnya mengencang. Dia mendengus kasar dan meluru keluar daripada wad peribadi itu, menutup pintu dengan kasar. Ah, dia sudah tidak tertahan lagi!

​“Biarkan dia,” Encik Al-Fansuri bersuara tenang, “pihak polis sedang menunggu di luar hospital ini.”

​Rizal dan ibunya tercengang. Mengapa pula polis?

​“Begini sebenarnya, kejadian lapan tahun lalu yang melibatkan ayah Rizal bukanlah sebuah kemalangan,” berat sahaja kata-kata itu keluar daripada mulut Encik Al-Fansuri. Matanya kuyu, dan kelihatan lembab berair.

​“Apabila Ketua Chef sedang melakukan eksperimentasi beliau untuk mencipta roti yang sempurna, saya mengiyakan sahaja. Selaku pemilik Bakeri Al-Fansuri, saya merasakan idea tersebut mampu mencipta revolusi roti.”

​Rizal menghela nafas sedalam-dalamnya. Ibunya pula tertunduk, mencari kekuatan yang tersisa untuk menghadapi semua persoalan yang bermain di benak fikirannya.

​“Namun, ada seorang yang sentiasa menentang idea tersebut. Selalu sahaja berjumpa dengan saya untuk menghentikan projek eksperimentasi tersebut,” Encik Al-Fansuri berkata-kata dengan pandangan serius.

​“Encik Anwar Bukhari?” soal Rizal pantas.

​“Ya,” jawab majikannya ringkas, “seolah-olah dia merasakan tindakan Ketua Chef itu akan mengukuhkan kedudukannya dalam memegang jawatan itu. Tentulah tidak bagus untuk Encik Anwar yang ingin naik menjadi Ketua Chef.”

​“Bagaimana tuan boleh tahu semua ini?”

​“Saya meneliti. Selama lapan tahun. Namun, tiada bukti.”

​Rizal mengangguk sahaja. Dia tahu betapa Encik Anwar selama ini seolah-olah menjatuhkan motivasinya. Perli, hina, dan kadangkala menjatuhkan maruahnya. “Tapi tuan, kali ini tuan ada bukti untuk mendakwa beliau?”

​“Ada,” majikannya menarik nafas sedalam-dalamnya. “kamera litar tertutup di kawasan belakang dapur bakeri selamat daripada termusnah kerana datanya disimpan di dalam kad memori tahan lasak. Petang itu dia memasang bahan letupan berdekatan tong sampah di belakang bakeri. Rasanya dia ingin mencelakakan kamu Rizal.”

​Tidak salah lagi, petang itu tatkala Rizal sedang membuat percubaan roti tersebut sememangnya Encik Anwar sedang memerhatikannya. Lembaga yang berlari menjauhi bakeri setelah letupan itu ternyata sememangnya Encik Anwar. Nasiblah petang itu dia ingin balik awal, maka terselamatlah dirinya daripada kecelakaan. Nampaknya, Allah telah meletakkan rasa penat ke dalam dirinya untuk menyelamatkannya.

​“Puan,” Encik Al-Fansuri menoleh ke arah ibu Rizal, “Rizal,” dia menoleh semula ke arah Rizal. “Maafkan saya kerana banyak menyusahkan kalian berdua.” Matanya berair, nafasnya seolah-olah teresak.

​“Tuan, bukan salah tuan,” ibu Rizal bersuara, “Ini sunnatullah. Tidak ada sesiapa yang mampu melawan ketentuan-Nya. Bukankah itu yang tuan sebutkan lapan tahun lalu?”

​Encik Al-Fansuri menyeka air matanya, dan mengangguk perlahan.

​Dari katil itu, Rizal hanya tersenyum, mengangguk perlahan. Dia yakin revolusi yang ingin dibawa oleh ayahnya itu akan mampu dicapai oleh-Nya suatu hari nanti, kerana itulah sunnatullah – sesiapa yang berusaha pasti akan mendapat habuannya. Itu janji-Nya.

​Roti. Roti yang sempurna. Tentunya jika sudah sempurna suatu hari nanti, nama Malaysia akan naik di seluruh dunia. Sepertinya roti putih mengharumkan nama England, roti baguette menaikkan nama Perancis, roti rye menaikkan nama Jerman. Malaysia nanti? Roti yang sempurna. Itu harapan ayah Rizal, itu juga harapan Rizal!

​Semoga tercapai.

Tuesday, December 27, 2011

There are things I don't know but willing to learn.

Like playing the guitar.

Like swimming.

Like driving.

Like riding a motorbike.

Those are the things that I don't know; yet willing to learn.

Saturday, December 24, 2011

2012 Resolution: Be Awesome

Well, a more awesome version of myself that is, more awesome than this year!

How to achieve that? Well, here are SOME things needed to be achieved, besides be near to Him:

1. Discipline.

2. Time-management.

3. Read ALL the books *9gag style*.

4. Practise the knowledge I've learnt before -- especially the tafseer and hadith that I learnt years ago.

5. Get engaged. Get married. Because getting married late is too mainstream.

6. Write the books that I've always wanted to write.

7. Do all the art projects that I've wantes to do.

8. Make a home movie that I've wanted to do.

9. Get and save. Money.

10. Remember to be awesome.

Tuesday, December 20, 2011

Feeling like this when...

Everyone is busy by the time you want to go out, or maybe just hangout.

Even when wanting to play games.

Yeah, it feels like this...



**Syarifah Nazirah, I miss you**

Tekanan yang... Macam begitu

Aku tidak boleh jika terus menerus terperap sebegini.

Aku nak jugak keluar, rehatkan otak, berhibur sebentar.

Ala, bukan buat benda apa pun, paling tidak jalan sorang-sorang sambil menikmati makanan. Prgh.

Tapi apakan daya, JPA lambat masuk. Huh.

Benda sebegini buat aku tekanan. Haiz.

Sunday, December 18, 2011

Keluar. Sebentar.

Entah berapa lama aku tidak keluar bersendirian, hanya bersendirian.

Dan menentukan hala tuju, dan kadangkala hanya keluar tanpa hala tuju.

Fuh.

Friday, December 16, 2011

Zaman itu, zaman kanak-kanak Mr. A

Bercerita pasal ceritera dahulu memang seronok, kadangkala pahit jugak.

Kadangkala kau simpati sendiri, kadangkala kau bangga sendiri...

Aku ingat dahulukala, sebelum masuk sekolah rendah, sebelum tinggal di rumah sekarang.

Dulu tinggal di kawasan rumah pangsa, waktu tadika, kawan-kawan aku gengster jugak.

Kawan yang sudah bersekolah rendah, kawan yang mengenal erti rokok, kawan yang sebegitu.

Aku dahulu memang nakal. Hohoho!

Masuk sekolah rendah, tidak lama kemudian aku pindah rumah.

Jiran tak banyak, maka kawan pun tidak ada.

Sekolah? Ada jugak kawan. Kawan yang dahulunya sama-sama di tadika.

Kawan yang baharu, semua jenis kawan ada...

Zaman itu, zaman aku ada kawan.

Makin lama, zaman itu, zaman aku hilang kawan.

Zaman kawan-kawan aku buli aku.

Zaman kawan-kawan aku ada yang gengster.

Zaman kawan-kawan aku ada yang pergi mencuri.

Tapi...

Aku ingat sangat zaman aku kena buli.

Sebab, itulah zaman kawan-kawan baik dahulu, jadi pembuli-pembuli tegar.

Sebab, itulah zaman topi Mizuno original yang aku beli berpuluh ringgit dan baru sekali pakai dibuang atas atap.

Itu zamannya.

Zaman orang tendang-tendang kaki aku. Zaman orang ejek-ejek aku. Zaman cikgu gelak-gelak aku.

Itulah waktu aku mula mencari cara untuk mencari rakan semula.

Rasanya di situ aku cuba mengenal erti populariti.

Sebab, zaman itulah aku mula menghafal semua fakta mengenai planet-planet.

Tapi, zaman itu juga aku sangat bodoh, zaman cikgu lempang, rotan, dan buang buku aku.

Aku tahu aku bodoh, mungkin sebab itu aku tidak popular, jangkaku.

Dan, itulah sebab aku cuba hafal fakta-fakta itu.

Sebab, seingat aku orang pandai sangat popular, contohnya Einstein!

Atau rasanya, aku tidak popular sebab aku hodoh.

Sebab, seingat aku orang cantik dan hensem sangat popular.

Atau rasanya, aku tidak popular sebab aku tidak atletik.

Sebab, seingat aku orang atletik sangat popular.

Aku ingat juga, aku memang bodoh, lembap semacam.

Aku ingat juga, aku memang hodoh, botak dan gemuk pulak tu.

Aku ingat juga, aku lahir dengan asthma.

Oh, kenangan...

Zaman itu aku ingat tali pinggang, penyangkut baju, dan rotan yang menunggu waktu di rumah.

Sebab, aku bodoh, buat kerja malas, dan banyak salah pulak bila dah buat.

Oh, kenangan...

Mungkin dari situ aku kurang bergaul, sebab yang aku gelar kawan berputar keluar dari hidup aku.

Mungkin, sebab itu aku tidak senang mempercayai orang.

Mungkin, aku mudah untuk bergaul, sebab aku ingat bila dapat kawan banyak, biar ada yang berputar keluar, masih ada sedikit yang tinggal.

Tapi, jangkaan aku salah juga.

Dan bila mula sekolah menengah, zaman itu berbeza.

Zaman aku selalu cemerlang akademik, tapi masih tidak cukup, sebab ibu bapa masih suruh aku sentiasa kuat berusaha.

Sebab, aku ingat, zaman itu pelajar yang agak baik keputusan peperiksaan adalah pelajar yang tersisih.

Itu yang aku ingat.

Oh, banyak sangat boleh diingat, tapi jari jemari penat untuk menaip lagi. Sambung nanti?

Sebab, zaman itu buat aku simpati dengan diri sendiri. Rasa sedih pula bila ingat kembali.

Monday, December 12, 2011

I don't search for someone who is perfect, I search for someone who can perfect me while I perfect her.

And it's you (if you are Syarifah Nazirah binti Wan Ikhsan, 920326135178... then yeah it's you).

Tuesday, December 6, 2011

Aku Ini Jenis Manusia Begini

Aku bukan seorang imam, seorang sufi, mahupun seorang yang begitu alim.

Tidak. Aku tahu diri aku ini selalu sahaja bergelumang dosa.

Namun, aku ingat kata-kata ibu aku, kata-kata seorang murabbiku:

"Seorang Muslim itu ibarat lilin, ke ceruk mana dia pergi, dia tetap mengeluarkan cahaya dan menerangi manusia di sekelilingnya"

Sungguh, aku hidup berdasarkan kata-kata di atas, walaupun aku tahu aku selalu berbuat dosa.

Ayat di atas membawa maksud untuk sentiasa menjadi terbaik dalam apa jua keadaan, dalam apa jua perkara.

Juga membawa maksud untuk menjadi manusia yang sentiasa menerangi hati manusia lain di sekeliling.

Membawa cahaya kebaikan untuk diisi ke dalam hati mereka.

Dan menjadi lilin itu membakar diri, kadangkala sakit, kadangkala terasa seperti kau tersisih, atau apa jua perasaan negatif.

Tapi tidak kisahlah, sebab aku membakar diri untuk Dia, InsyaAllah.

Biarlah syaitan membisik-bisik, cuba meniup mati api lilin ini, aku akan sentiasa bersinar.

Kalau bukan lilin, aku juga mampu jadi lampu suluh *dia akan kata: motifffffff?*.

Motifnya, kasih sayang dan cinta itu ibarat lilin juga.

Kadangkala sakit, namun sentiasa indah *pergh, bayangkan Aaron Aziz yang berkata-kata*.

Bagi aku, hidup ini tidak sentiasa cerah, tapi akan selalu indah. Pahit itu indah, manis itu indah -- jika bersama dia. * kali ini bayangkan aku pula berkata-kata dengan muka bajet baik, pergh, mesti lagi macho dari Harun Ajis kan?*

Dan seperti biasa, dia akan tanya... MOTIFFFFFF?

Motif utama: Aku ini jenis manusia begini, yang tidak kesah apa, akan tetap memberi kasih sayang.

Motif sampingan: Aku boleh berkata-kata dengan gaya lebih macho berbanding AA. Terima kasih Kopi Jantan!

Monday, December 5, 2011

Sunday, December 4, 2011

Allah, Engkau Rabb-ku, Ilah-ku.

Allah Ta'ala, Engkaulah yang sentiasa ada untukku.

Engkaulah yang akan sentiasa ada untukku.

Bukalah hatiku, bersihkanlah hatiku, untuk terus menggapai redha-Mu.

Perbetulkan niatku dalam setiap perbuatanku.

Perbetulkan perbuatanku dalam setiap niatku.

Ya Rabb, Engkau yang sentiasa mengetahui hati hamba-Mu...

Engkau mengetahui yang terbaik untukku, Engkau mengetahui apa yang terbuku dalam hatiku.

Maka, aku memohon kepada-Mu dengan penuh kerendahan hati, atas dasar untuk menyempurnakan imanku, menghapuskan dosa-dosaku, permudahkanlah.

Aku ini hamba-Mu yang lemah, tidak mampu mencapai apa-apa tanpa-Mu, maka permudahkanlah.

Sucikanlah niat dalam hati ini, dan permudahkanlah laluan untuk mencapai niat suci ini.

Ya Rahman, Ya Rahim. Aku memohon juga agar Engkau melapangkan dadaku dan membebaskannya daripada rasa negatif yang selalu membelenggu jiwa. Semoga setiap apa yang ada dalam hati hamba-Mu ini adalah untuk mencapai redha-Mu. InsyaAllah.

Ameen.

8, Itu Angkanya

Lapan bulan.

Itulah jangka masa aku bersama dengan dia yang teristimewa.

Tentunya ada saja perkara pahit manis. Tentu saja.

Semuanya menjadi teladan untuk terus teguh menghadapi ruang dan masa.

Iya, menghadapi kesemuanya.

-----

Sayang, lapan bulan bersama kita cukup bermakna.

InsyaAllah seumur hidup nanti akan diisi dengan pahit manis bersama.

Pahit ibarat ubat, membawa kebaikan. Manis ibarat madu, membawa keindahan.

Sayang, semoga kita akan terus bersama. Bulan hadapan saya ke rumah awak ya, jumpa babah awak.

<3

-----

Baiklah, tidur dahulu.

Hati juga perlu rehat. Bukan minda sahaja.

Friday, December 2, 2011

Minggu Ini

Minggu ini aku rasa kalut.

Minggu ini aku rasa kosong.

Namun, hati penuh dengan itu ini.

Allah sahaja tahu betapa bingungnya fikiran ini, betapa kucar-kacir.

:'(

Kau pernah rasa begini? Bila semua benda yang kau lakukan, semua bertukar buruk.

Walaupun kadangkala, apa yang kau ingin lakukan adalah perkara yang baik.

Can you hear my soul cry?

In the deep darkness, in the middle of the night.

When all souls are asleep, mine is wide awake.

Crying.

Probably, my soul just misses home -- both home.

Since home where the heart is.

Aku Tidak Boleh

Serius. Aku tidak boleh.

Aku tidak boleh jika dia sakit hati, atau terasa hati.

Aku sedih.

Kadangkala aku cuma risaukan dia, kalau keluar bertiga sahaja, aku risau.

Siapa tidak risau, jauh.

Tapi, kalau aku sudah sakitkan hatinya, aku tidak boleh.

Bukannya aku menjunjung dan mengagungkan wanita, tidak.

Aku cuma menghargai dia, cuba menjadi yang terbaik untuk dia.

Cuba menjaganya, cuba menjadi yang sentiasa di sisinya kala senang kala susah.

Namun, kalau aku sendiri yang menyakitkan dia?

Bermakna aku gagal?