Sunday, October 30, 2011

Harapan Untuk Awak

Awak, harapan saya awak jangan berubah.

Tunggu, berubah ke arah kebaikan itu bagus.

Maksud saya, berubah dari segi hati. Sila jangan.

Awak, saya. Ehm. Sayang. Awak.

Faham?

Saya ingin tekankan sini, semua tutur kata saya sebelum ini mengenai perkahwinan adalah serius.

Serius. Sangat serius.

Bila saya berbicara mengenai perkara itu, ada muka main-main?

Tiada.

Awak, saya akan jaga hati ini untuk awak. Harapnya pun awak juga sama.

Saya tidak akan tunggu masa menentukan, tidak sesekali.

Saya akan berusaha sehabis baik, berdoa sentiasa, meminta kepada-Nya.

Masa tidak akan menentukan, sebaliknya usaha kita dan izin-Nya.

Ameen.

1 comment: