"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..." --- Al-Baqarah : 286
Kadangkala aku rasa tersungkur, rasa ibarat dunia ini menginginkan untuk aku jatuh dan terus terbungkam. Waktu-waktu sebegitu juga aku cuba memapah kembali diri ini dengan daya yang tidak seberapa. Persoalannya sampai bila? Sampai yang termampu saja rasanya.
Kerana Dia tidak mungkin memberati sesuatu melainkan apa yang aku mampu -- kepercayaan itu yang menerangkan jiwa ini... tatkala semuanya berpergian.
No comments:
Post a Comment