Monday, December 31, 2012

366/366

Muka surat 366 daripada 366 muka surat, siri novel ke-20...

Seorang manusia itu bijak bukan sahaja dengan ilmu akademik, tetapi ilmu alami -- lagi bijak jika manusia itu mengingati mati, tindakan yang memerlukan pandangan jauh ke hadapan. Namun, kebijaksanaan punyai syarat untuk manusia melihat ke belakang untuk mengetahui sejauh mana dia sudah melangkah ke hadapan.

Hari ini aku ingin menjadi manusia bijak. Aku ingin melihat ke hadapan, 2013, dan melihat jejak langkah di belakang, 2012.

2012...

Tahun yang di dalamnya aku peroleh banyak pengajaran dan pengalaman. Terlalu banyak sehingga tidak mampu aku tulis satu persatu dalam blog ini. Cuma, antara perkara paling signifikan untuk aku, adalah kesedaran untuk tidak berada dalam takuk lama.

2013...

Banyak perkara yang ingin aku capai dalam bidang aku: pelajaran, debat, bisnes, juga penulisan. Banyak usaha yang perlu aku letakkan jika aku ingin capai kesemuanya. Maka, biarlah aku tidak mencatat kesemuanya di atas blog ini dan sematkan dalam hati saja.

No comments:

Post a Comment