That moment when you feel incomplete, and you know you can't complete another person.
What would you do?
Would you sacrifice your entirety to complete another? I would.
Ini ruangan menulis peribadi Mr. A yang penuh dengan pemerkosaan ejaan dan tatabahasa. Oh, kesalahan sebegitu sangat indah dan mengghairahkan!
Wednesday, May 7, 2014
Monday, May 5, 2014
Jawpan-Nya Kepadaku
Beberapa hari ini aku rasa tidak senang, aku rasa gelisah, aku rasa seperti dihempap batu.
Tapi hari ini aku menyelak laman YouTube seperti biasa dan hati tergerak untuk menonton video Nouman Ali Khan, seorang yang sangat 'well-versed' dalam hal-hal tafsir bagi aku. Dari dahulu aku suka akan video-video beliau.
Kemudiannya, video ini menyentuh benar beban yang aku rasa, menjawab sebenar-benar jawapan yang aku tanyakan kepada-Nya bila beban yang aku rasa ini menindih.
Mungkin para ateis tidak mampu memahami perasaan 'goosebump' dan renjatan elektrik yang mengalir dalam badan apabila Dia memberi jawapan. Seperti Richard Dawkins kritik dalam bukunya The God Delusion.
Ini video yang bagi aku, merupakan penawar sakit: http://m.youtube.com/watch?v=tbxxAVSdySY

Meniti Nafs Lawwamah
Dalam al-Quran, ada golongan pentafsir yang menyatakan kondisi manusia dibahagikan kepada TIGA peringkat: nafs ammarah, nafs lawwamah, dan nafs muthmainnah.
Nafs ammarah ini adalah peringkat terendah iaitu apabila seorang manusia melakukan apa sahaja berdasarkan naluri dan nafsu semata-mata. Kondisi ini juga dipanggil 'natural state' yang tidak ada kawalan dari segi akal mahupun rohani. Mudahnya, seolah-olah kondisi haiwan.
Peringkat seterusnya adalah nafs lawwamah iaitu apabila seorang manusia mengenali kepentingan mengawal diri demi mencapai kebaikan. Namun, manusia dalam peringkat ini sering melakukan kesilapan. Ibarat seorang bayi yang baru belajar berjalan dan sering terjatuh -- tetap juga cuba berjalan walau asyik jatuh. Kondisi ini juga dilabel sebagai 'moral state'.
Peringkat tertinggi adalah nafs muthmainnah yang menyatakan bahawa dalam kondisi ini, seorang manusia itu benar-benar mendapatkan kemanisan iman dalam apa saja yang dilakukannya -- kerana setiap perbuatannya dalah kerana Allah.
Secara peribadi, aku merasakan aku berada di peringkat ini. Aku sering saja jatuh, berkali-kali, dan kadangkala di lubang yang sama. Tapi tidak pernah aku mati akal atau putus asa. Mungkin manusia tidak melihat usaha, dan cuma menilai kejatuhan saja -- tapi kalau kau dalam keadaan yang sama, kau perlu ingat Allah Azza Wa Jalla itu yang akan melihat usaha kau dan aku.
Aku sarankan kau dan aku untuk teliti buku Untuk Kita Pendosa tulisan Hilal Asyraf demi meningkatkan motivasi.
Selain itu, aku sarankan kau dan aku untuk menghayati video Mat Luthfi yang bertajuk Sebelah Sayap -- mengisahkan bahawa manusia seringkali jatuh di lubang yang sama, bukannya tidak belajar dari kesilapan, cuma kadangkala perlukan waktu. Juga beliau menyentuh mengenai para da'ie yang sewajarnya tidak melabel atau putus asa tehadap usaha manusia yang sering terjatuh.

Friday, March 21, 2014
Nakama?
Dear blog,
This week is a very challenging week -- the worst of what I could remember. I'm feeling the burnout and the pressure of a breaking point. But truthfully, it's not the week that has been surprising, it's the lack of support system around me.
I guess it shouldn't be that surprising. A person who has secluded himself of frailty from others would most probably face these kind of things. I should probably take note of that and re-adjust my expectations.
What is a nakama then?

Sunday, January 12, 2014
Quran dan Sunnah VERSUS Ilmu-Ilmu Lain?
Hidup ini perlu disuluh oleh Quran dan Sunnah untuk benar-benar sampai ke destinasi yang tepat. Itu adalah antara peringatan terakhir Rasulullah SAW yang tercinta.
Tapi, ada juga manusia-manusia yang tersasar pemahamannya mengenai peringatan Baginda ini. Beberapa tahun lepas, ada seorang kawan sedang mengalami tekanan hidup, maka aku sarankan beberapa buku yang aku rasa membantu. Namun, ada seorang kawan pula berkata: "Kenapa tak baca Quran saja?" (lebih kurang begitu mafhumnya).
Begitu juga pernah seorang teman se-usrah yang berbicara: "Kenapa kita bersungguh-sungguh mendalami Yahudi ini (merujuk kepada sains dan matematik)? Sedangkan ilmu-ilmu agama itu yang membawa kita kepada kebenaran!" (lebih kurang begitu mafhumnya).
Bagi aku, membaca Quran dan menghayati Sunnah saja tidak cukup untuk kita benar-benar mendalami ilmu-Nya. Kenapa? Quran dan Sunnah ini terlalu sempurna dan terlalu superior untuk intelektual yang tersisih (maksudnya, membaca Quran dan menghayati Sunnah, tanpa mendalami ilmu lain adalah sukar).
Sebab itu banyak tulisan-tulisan para Ilmuwan Islam yang mengupas aspek-aspek Quran/Sunnah dan aspek-aspek lain yang mampu memudahkan masyarakat untuk memahami Quran/Sunnah.
Bukankah sekarang ini penuh dengan perkongsian manusia-manusia mengenai kehebatan Sunnah Rasulullah SAW dari sisi sains dan sebagainya? Olahan kepentingan zakat kepada ekonomi dan sosial masyarakat? Nah, inilah bukti bahawa ilmu-ilmu lain (yang dianggap tidak penting dan inferior) adalah perlu untuk menghayati Quran dan Sunnah dengan lebih indah.
Komplementari dan suplementari (complementary and supplementary) -- inilah sifat ilmu-ilmu lain terhadap perjalanan kita untuk mendalami Quran dan Sunnah sebagai penyuluh hidup.
Sebab itu, apabila ada sekumpulan manusia yang menghina-hina manusia lain yang cuba mendalami ilmu falsafah untuk mengenali kebenaran Allah, aku cuma mampu bersedih. Kenapa? Kerana ilmu-ilmu sedemikian juga bersifat komplementari dan suplementari.
Bahkan aku sendiri mengenal sifat sebenar Hukum Hudud setelah mendalami tulisan-tulisan John Stuart Mill (On Liberal) dan golongan liberal seangkatannya. Melalui pembacaan-pembacaan yang lain ini membuatkan aku cinta akan Islam dengan lebih mendalam -- kerana Islam itu meliberalkan minda dan masyarakat.
Selain itu, ilmu-ilmu lain juga membentuk pola pemikiran dan persepsi yang berbeza kepada minda individual -- selalunya membuatkan minda semakin matang. Maka, semakin matang minda kita (dan kritis), semakin matang persepsi kita terhadap Quran dan Sunnah.
Kenapa? Kerana mulai dari itu, penerimaan kita terhadap Quran dan Sunnah bukan lagi bersifat taqlid (Pak Turut) tetapi bersifat intelektual dan kritis. Siapa kata menjauhi taqlid itu cuma untuk fiqh sahaja? Aspek-aspek lain dalam agama juga perlu dijauhi dari taqlid.
Sebab itu, apabila ada manusia-manusia yang ingin belajar ilmu-ilmu falsafah, bukannya mereka ingin meninggalkan ilmu-ilmu Quran dan Sunnah. Ini bukan zero sum game di mana kita perlu memilih satu daripada yang lain kerana kedua-duanya tidak bersifat contradictory bahkan sebaliknya: komplementari dan suplementari.
Mudahnya:
1) Ilmu-ilmu lain membentuk pola pemikiran yang matang.
2) Ilmu-ilmu lain merupakan komplementari dan suplementari kepada ilmu Quran dan Sunnah.
Raikan ilmu, rakan-rakan. Raikan ilmu. Jangan jadi sempit.

Saturday, January 11, 2014
Kelana Mengenal Diri
Aku belum berdaa agaknya, untuk benar-benar mencintai diri sendiri. Kata orang, mencintai diri sendiri itu asas utama untuk mencintai orang lain. Tapi, cinta kepada diri sendiri itu harus berbeza daripada narsisisme.
Aku perlu banyak berkelana untuk lebih kenal akan diri sendiri.

Thursday, January 9, 2014
Peranan Agama: Intelektualisme Tersisih?
Demi mendalami peranan agama dalam masyarakat, kita seharusnya mengenang kembali kisah-kisah pengutusan rasul-rasul pembawa syariat sebelum ini -- mudahnya: Ibrahim (as), Musa (as), Isa (as), Rasulullah (saw).
Situasi Masyarakat
Salah satu persamaan rasul-rasul unggul tersebut adalah situasi masyarakat mereka pada waktu mereka diutuskan. Ada dua aspek yang perlu kita lihat:
1) Kerohanian: Majoriti telah menyimpang daripada ajaran nabi sebelumnya dan membiarkan maksiat berleluasa. Dosa-dosa juga sudah dianggap norma masyarakat. Zina, riba, dan sebagainya.
2) Sosial/Politik/Ekonomi: Situasi masyarakat waktu itu juga bersifat opresif dan mempunyai strata status yang mencengkam -- golongan miskin dan lemah terkandas manakala golongan elitis hidup kaya raya.
Peranan Utusan Allah
Apabila kita mengetahui situasi masyarakat pada waktu tersebut, maka kita boleh membuat kesimpulan mengenai peranan utusan-utusan Allah.
1) Kerohanian: Menunjukkan jalan yang benar dan kembali menyembah Allah Yang Esa.
2) Sosial/Politik/Ekonomi: Menghapuskan sistem kelas dan kasta; memartabatkan kesamarataan. Ini paling jelas sewaktu zaman Rasulullah SAW. Banyak lagi prinsip-prinsip yang dikupas oleh rasul-rasul sebelum ini.
Fokus Utama Umat Sekarang?
Kadangkala pendekatan aku terlalu radikal dalam membincangkan soal "tokoh-tokoh" agamawan di media sosial. Para peserta Pencetus Ummah dan akaun-akaun Islamik lain contohnya, seringkali kita lihat perkongsian yang dibuat adalah isu-isu cinta lelaki-wanita, isu rindu-merindu, isu remeh sedemikian.
Aku tidak katakan mengupas isu sedemikian adalah salah. Cuma, apabila emphasis utama adalah isu sedemikian dan isu-isu yang lebih besar untuk umat dan masyarakat tidak disentuh dan tidak dijelaskan kepada awam, maka peranan tokoh agama itu sudah hilang nilai.
Peranan rasul-rasulNya adalah untuk memantapkan rohani dan menyelesaikan masalah sosial/politik/ekonomi. Maka, peranan agama yang dibawa oleh rasul-rasulNya adalah untuk meneguhkan akidah dan rohani, serta mengupas lebih dalam lagi isu-isu sosial/politik/ekonomi.
Ini juga peranan dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh tokoh agama!
Tokoh-tokoh agama patut "MERAKYATKAN" ilmu, iaitu membawa ilmu-ilmu yang lebih signifikan supaya difahami oleh masyarakat umum. Kenapa? Supaya kebodohan tidak tersebar sewenang-wenangnya.
Contoh jelas tokoh agama yang sedemikian adalah Dr. MAZA yang banyak membincangkan isu-isu rohani dan sosial/politik/agama. Ini yang kita mahu! Bukan aku nak maksudkan tidak boleh sama sekali membawa isu cintan-cintun dan sewaktu dengannya, cuma, ada isu yang lagi menekan dan memerlukan intelektual para tokoh agama.
Artikel ini bersifat simplistik, tapi... you get what I mean.

Subscribe to:
Posts (Atom)