"Kau keputusan boleh tahan, tapi kenapa macam tak bersyukur?"
Syukur itu bukan saja mengucapkan puji-pujian kepada-Nya, tapi menggunakan nikmat yang Dia berikan sebaik mungkin.
Aku redha dan bersyukur dengan keputusan yang aku perolehi, tapi...
Rasa malu kepada-Nya lebih tebal. Kenapa? Sebab aku tahu yang aku boleh capai lebih baik daripada apa yang aku telah capai. Tapi, aku yang tidak berusaha sehabis baik, aku yang tidak berjuang.
Maka, di situ aku malu. Bukan tidak bersyukur, tapi malu kepada-Nya lebih menebal.
Allahu~
Ini ruangan menulis peribadi Mr. A yang penuh dengan pemerkosaan ejaan dan tatabahasa. Oh, kesalahan sebegitu sangat indah dan mengghairahkan!
Wednesday, July 31, 2013
Wednesday, July 10, 2013
Ada Apa Dengan Nama?
Orang selalu kata, mak ayah kita bagi nama dengan harapan yang tinggi jika kita lihat maksud di sebalik nama kita. Nama aku walaupun pakcik aku -- seorang murabbi -- yang bagi, aku yakin mak ayah aku setuju atas sebab maksud disebaliknya.
Nama aku contohnya, diambil dari dua kata (tidak termasuk Muhammad): Al-'Aleem dan Ad-Deen.
Jadinya tentu mak ayah aku nak aku jadi hamba-Nya yang mengetahui agama dengan mendalam. Bila terkenang kembali, patutlah mereka sering marah kalau tinggal solat sunat -- apatah lagi solat fardhu. Hantar ke kelas yang pelbagai untuk belajar agama -- Hadis, Tafseer, Ilm-ul-Kalam, juga sedikit sebanyak mengenai Bible.
Maka, lebih baik untuk aku penuhi impian mak ayah mulai sekarang. Mula sedikit demi sedikit.
Engkau bagaimana?
Nama aku contohnya, diambil dari dua kata (tidak termasuk Muhammad): Al-'Aleem dan Ad-Deen.
- Al-'Aleem adalah sifat Allah Yang Maha Mengetahui.
- Ad-Deen pula ertinya adalah agama, iaitu Islam.
Jadinya tentu mak ayah aku nak aku jadi hamba-Nya yang mengetahui agama dengan mendalam. Bila terkenang kembali, patutlah mereka sering marah kalau tinggal solat sunat -- apatah lagi solat fardhu. Hantar ke kelas yang pelbagai untuk belajar agama -- Hadis, Tafseer, Ilm-ul-Kalam, juga sedikit sebanyak mengenai Bible.
Maka, lebih baik untuk aku penuhi impian mak ayah mulai sekarang. Mula sedikit demi sedikit.
Engkau bagaimana?
Saturday, July 6, 2013
Minda Berbalam-Balam
Dan bila minda pun berbalam-balam;
Pandangan kabur mengelamkan jiwa
Apa atau siapa
Bakal menemani tidurmu?
Pandangan kabur mengelamkan jiwa
Apa atau siapa
Bakal menemani tidurmu?
Sunday, June 30, 2013
Daya
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..." --- Al-Baqarah : 286
Kadangkala aku rasa tersungkur, rasa ibarat dunia ini menginginkan untuk aku jatuh dan terus terbungkam. Waktu-waktu sebegitu juga aku cuba memapah kembali diri ini dengan daya yang tidak seberapa. Persoalannya sampai bila? Sampai yang termampu saja rasanya.
Kerana Dia tidak mungkin memberati sesuatu melainkan apa yang aku mampu -- kepercayaan itu yang menerangkan jiwa ini... tatkala semuanya berpergian.

Monday, June 17, 2013
Journey
Self-searching journey, for times when you feel lost and incompetent. A journey similar to Takemoto Yuuta's of Honey & Clover.
It's a journey to find oneself, to find the pillars in which one's heart stand by.
It's a journey about life.
It's a journey to find oneself, to find the pillars in which one's heart stand by.
It's a journey about life.
Friday, June 14, 2013
Cabaran
Minggu ulangkaji kali ini banyak cabaran. Sekarang ini pengecas komputer riba buat hal. Waktu ini pula duit memang tak melimpah-ruah.
Mungkin Dia ingin bagi ujian. Bagi ingat kepada-Nya.
Mungkin, selama ini aku banyak lalai.
Mungkin Dia ingin bagi ujian. Bagi ingat kepada-Nya.
Mungkin, selama ini aku banyak lalai.
Thursday, June 13, 2013
Ra-Bak
Kalau rabak, kalau jatuh, kalau terhempap, jangan bawa rakan sekeliling jatuh sama. Senyumlah walaupun sekadar topeng belaka.
Tak, bukan jadi hipokrit. Tapi, jadi penenang hati dan agar rakan sekeliling tidak rabak sama, tidak jatuh sama, tidak terhempap sama.
Sebab, mereka juga sama penting dalam hidup kau, kan diri?
Ra-Bak.
Tak, bukan jadi hipokrit. Tapi, jadi penenang hati dan agar rakan sekeliling tidak rabak sama, tidak jatuh sama, tidak terhempap sama.
Sebab, mereka juga sama penting dalam hidup kau, kan diri?
Ra-Bak.
Subscribe to:
Posts (Atom)