Sunday, December 4, 2011

8, Itu Angkanya

Lapan bulan.

Itulah jangka masa aku bersama dengan dia yang teristimewa.

Tentunya ada saja perkara pahit manis. Tentu saja.

Semuanya menjadi teladan untuk terus teguh menghadapi ruang dan masa.

Iya, menghadapi kesemuanya.

-----

Sayang, lapan bulan bersama kita cukup bermakna.

InsyaAllah seumur hidup nanti akan diisi dengan pahit manis bersama.

Pahit ibarat ubat, membawa kebaikan. Manis ibarat madu, membawa keindahan.

Sayang, semoga kita akan terus bersama. Bulan hadapan saya ke rumah awak ya, jumpa babah awak.

<3

-----

Baiklah, tidur dahulu.

Hati juga perlu rehat. Bukan minda sahaja.

Friday, December 2, 2011

Minggu Ini

Minggu ini aku rasa kalut.

Minggu ini aku rasa kosong.

Namun, hati penuh dengan itu ini.

Allah sahaja tahu betapa bingungnya fikiran ini, betapa kucar-kacir.

:'(

Kau pernah rasa begini? Bila semua benda yang kau lakukan, semua bertukar buruk.

Walaupun kadangkala, apa yang kau ingin lakukan adalah perkara yang baik.

Can you hear my soul cry?

In the deep darkness, in the middle of the night.

When all souls are asleep, mine is wide awake.

Crying.

Probably, my soul just misses home -- both home.

Since home where the heart is.

Aku Tidak Boleh

Serius. Aku tidak boleh.

Aku tidak boleh jika dia sakit hati, atau terasa hati.

Aku sedih.

Kadangkala aku cuma risaukan dia, kalau keluar bertiga sahaja, aku risau.

Siapa tidak risau, jauh.

Tapi, kalau aku sudah sakitkan hatinya, aku tidak boleh.

Bukannya aku menjunjung dan mengagungkan wanita, tidak.

Aku cuma menghargai dia, cuba menjadi yang terbaik untuk dia.

Cuba menjaganya, cuba menjadi yang sentiasa di sisinya kala senang kala susah.

Namun, kalau aku sendiri yang menyakitkan dia?

Bermakna aku gagal?

Tuesday, November 29, 2011

Kadang Aku Terlupa DIA

Allahu Rabb. Allahu.

Kadangkala aku terlupa untuk bergantung kepada-Nya. Kadangkala cuba untuk buat semua sendiri.

Selalu sahaja terlupa. Ingat pula nasihat ibu tersayang: "Doa adalah senjata kita"

Dia yang teristimewa juga selalu bagi nasihat.

Oh, dia yang teristimewa, terima kasih kerana ingatkan saya tentang Dia.

Pergantungan ini hanya untuk Dia, Tuhanku.

Allahu Rabb.

Dan Fikiran

Hari ini hari yang normal.

Cuma pemikiranku hari ini cukup berbeza.

ini namanya, rasa 'down' tanpa sebab. Ataupun akibat tekanan?

Monday, November 21, 2011

Perkahwinan Itu Bagaimana

Ramai orang mempunyai persepsi, perkahwinan itu adalah pengakhiran indah sebuah kisah cinta.

Senior saya, secara persepsi, seolah-olah mengatakan cinta itu boleh berubah, maka jika tidak pasti, adakah wajar kahwin?

Ada juga orang kata, kalau belum mampu fizikal, mental, emosi, spiritual, jangan kahwin dulu.

Maksudnya, tunggu sempurna dahulu baru kahwin? Sesempurna seorang sufi?

Walhal...

Perkahwinan itu, jika sudah cukup asasnya, boleh saja teruskan.

Tidak perlu sempurna, tetapi saling melengkapi.

Kesempurnaan itu datangnya dari kebersamaan. Komplementari.

Saling menutupi kelemahan, saling bantu membantu.

Tidak semestinya sempurna dahulu.

Oh, tiba-tiba rasa nak kahwin!