Saturday, November 5, 2011

Bertindak Atas Kekuatan Sendiri

Selalu sahaja saya memerhatikan blog yang penulisnya mampu memberi kesan mendalam kepada diri saya. Mahu sahaja jadi seperti mereka.

Namun, rasanya seperti saya tidak mampu.

Kemudiannya saya sedar, ayat yang selalu saya keluarkan saya tidak mainkan dalam situasi ini: BERTINDAK ATAS KEKUATAN SENDIRI.

Mereka adalah mereka. Saya adalah saya.

Oh, terima kasih Allah kerana mengingatkan saya.

Friday, November 4, 2011

Saya Takut Untuk Awak

Dan kadangkala saya juga takut.

Seperti manusia lain.

Tapi takut saya lain, mungkin.

Saya takut jika jika saya jauh dari Allah.

Takut juga jika awak jauh dari Allah.

Sangat.

Saya takut jika Allah tidak menerima taubat saya, taubat awak.

Oleh sebab awak sangat penting dalam hidup saya, maka saya kesah...

Saya kesah dunia dan akhirat awak.

Menelesuri Jangka Tujuh Bulan

Oh, sedar tidak sedar kita sudah bersama dalam jangka masa tujuh bulan.

Tujuh bulan yang penuh dengan senyum manis.

Penuh dengan tawa riang.

Penuh dengan tangis sedih.

Penuh dengan marah sayang.

Oh, penuh dengan memori dan semoga...

Semoga masa depan kita penuh dengan keindahan.

Semoga kita terus bersama.

Semoga kita bersama selamanya. Insya-Allah.

Sayang, happy 7th monthsary

Thursday, November 3, 2011

Saya Lemah, Maaf.

Saya tahu saya banyak kelemahan.

Makanya saya minta maaf.

Saya tahu saya tidak sempurna.

Makanya saya minta maaf.

Oh, saya lemah. Sangat.

Wednesday, November 2, 2011

Mengapa Islam Kini Lambat Berkembang?

Melalui pemerhatian saya, sebenarnya, umat Islam sekarang tidak aktif menggali ilmu.

Serius.

Baru sahaja terlihat video Adi Putra, dan melihat komen seorang rakan mengenai kehebatannya mencipta formula melalui al-Quran.

Dan teori ini, teori itu, teori ini itu, teori segala teori, mereka membanggakan fakta bahwa teori tersebut daripada al-Quran.

Ya, saya tahu al-Quran itu hebat! Tapi menfapa kita sendiri tidak mengkaji sedalam-dalamnya?

Kita tidak menggali. Oh, sekurang-kurangnya saya sekarang ini sedang cuba mengkaji beberapa hipotesis saya.

Serius. Jika kita ingin memenangkan Islam ke atas semua agama lain, kita perlu mencipta wacana hebat.

Kita perlu mencipta dan menggali ilmu yang menentang terus ilmu mereka.

Dan, hapuskajn prejudis.

Dahulu, Professor Abdussalam menang hadiah Nobel. Dia seorang genius.

Dia Muslim pertama memenanginya dalam bidang Fizik.

Namun dia dikatakan bukan Islam kerana dia merupakan seorang ahli Jemaat Ahmadiyah.

Perkara sebegini yang menghalang perkembangan kita semua.

Dan, sekali lagi, jauhkan tradisi dan budaya daripada Islam. Tolong jangan campur aduk.

Tolong jangan malukan saya.

Kekosongan Terisi

Pagi ini rasa kosong saya sudah hilang.

Allah, terima kasih kerana mengisi kekosongan itu.

Dan kini, hati ini membuak-buak dengan semangat untuk maju ke depan.

Saya akan jadi pelajar yang hebat.

Saya akan jadi penulis yang unggul.

Saya akan jadi usahawan yang berkaliber.

Oh, saya akan! Yakin sangat? Peduli.

Ini adalah teknik penegasan peribadi, faham?

Jom berusaha maju ke depan!

Tuesday, November 1, 2011

Dan Begitulah Kisahnya

Balik dari jauh, dan saya sungguh bersemangat.

Oh, semangat untuk menyusun hidup.

Dan. Dan, kau tahu, tiba-tiba (belum sampai bilik dari jalan jauh) dipanggil untuk kawad.

Dan malam ini saya "sakit". Terima kasih.

Sila datang lagi, oh, saya tidak suka paksaan psikologi.