Thursday, October 24, 2013

PRK & Sentimen Keagamaan Yang Batil

Sekarang adalah musim Pilihan Raya Kampus dan banyak perkara yang menarik untuk dihuraikan. Sementara itu, aku akan huraikan mengenai "PRK sebagai medan perjuangan kebenaran".

1) Saya setuju bahawa apa sahaja dalam kehidupan kita, agama sepatutnya menjadi petunjuk ataupun "guiding principles" kita, terutamanya kepada umat Islam.

2) Namun, agama tidak boleh menjadi objektif utama, terutamanya dalam politik kampus. Contohnya, "kami adalah golongan yang membawa agama, maka golongan yang menentang kami akan dianggap penentang agama."

3) Dalam politik kampus, kumpulan-kumpulan mahasiswa yang bertanding membawa ideologi berbeza.

4) Ideologi ini selalunya tidak menyentuh asas keimanan tetapi cuma menyentuh pembaikan status quo dalam kampus atau penambahbaikan infrastruktur dan sebagainya.

5) Oleh itu, perbezaan ideologi Pihak A dan Pihak B adalah persaingan sihat.

6) Pihak A dan Pihak B kedua-duanya membawa kebaikan dan kebenaran selagi tidak melanggar syariat (mematuhi hukum-hukum agama di sini bermaksud menjadikan agama sebagai "guiding principles", rujuk no. 1 di atas).

7) Namun, jika Pihak A menggunakan sentimen agama sebagai objektif. Contohnya, "perjuangan bersama kami adalah perjuangan Islam", sekaligus wujud sentimen dalan hujah bahawa "menentang kami adalah menentang Islam".

8) Padahal ini tidak benar. Kenapa?

9) Kerana Pihak B tidak menentang Islam, cuma objektif yang mereka bawa adalah kemaslahatan mahasiswa (contohnya).

10) Perjuangan Pihak A cuma boleh menjadi perjuangan Islam jika Pihak B menentang hukum-hukum Allah seperti menghapuskan kemudahan surau dan masjid, menghalang ibadah; atau membawa kemaksiatan seperti mewujudkan kelab malam dan pub dalam kampus

11) Selain itu, perjuangan Islam adalah universal. Maksudnya, perjuangan Pihak A akan meningkatkan kemaslahatan umat Islam secara universal di seluruh dunia, paling tidak dalam kampus.

12) Perjuangan untuk kebenaran adalah untuk menentang kebatilan. Maka, jika tiada pihak yang batil, kedua-duanya tentu adalah pihak yang benar.

13) Oleh itu, sentimen "berjuang bersama kami untuk kebenaran berbanding pihak mereka" adalah sentimen yang tidak sah.

Ini pandangan peribadi saya, jika anda tidak setuju tidak mengapa. Jika anda tidak puas hati, saya dengan lapang dada menerima sebarang jemputan untuk perdebatan sama ada formal, tidak formal, atau lepak kedai kopi.

Sekian.

Friday, October 18, 2013

Meh.

Managing a startup is hard, very hard. I've stumbled upon walls and obstacles multiple times. I came out stronger.

But this time is different. There's a bigger wall that I need to overxome, by hook or by crook. But at times, taking a step back is okay, especially when your head is going haywire.

You know, at times I even cry because everything is all over the place. Then, it'll get better and I'll be stronger than before.